Assalamuallaikum..
Alhamdullilah dah Khamis arini...cepat je kan??
arini nak kongsi roti...haih bukan mengeluh sebab cuti sekolah panjang tp keadaan nya mmg mcm tu...kalau cuti sekolah...mesti banyak masa kat dapur...ada je request nak itu ini...oh my anak..
ok, petang ni layan roti gebu..serious gebu...gebu sgt...hahahhaa...sebenanya semalam dah buat roti tp guna tepung kek...bole?? pastu sementara perap, bole plak keluar g potong rambut anak bujang...alahai...tp kejadian rupa paras mungkin tak cantik..tp tekstur 1st kelas...gebuuuu..dpt 12 ketul..mak ayah makan 1 ketul sorang anak bujang???? selesai die kerja kan...alhamdullilah tak membazir..
arini, buat roti coklat buh raisins...resepi Ros Jepun...ros juga ada share tips meroti..mekaseh ros
saya tambah water roux dlm resepi ni..tambah gebu..
Fresh Cream Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
110ml nama kurimu@fresh cream
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
180ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit coklat rice sebagai variasi pada nama kurimu pan.
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 3 bahagian, 2 bahagian biarkan plain dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, dan biarkan naik dua kali ganda, satu lagi bahagina masukkan coklat rice, uli sebati kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.
ini lah rupa water roux saya..
25g tepung gandum
125ml air
* masak atas api perlahan dan kacau sehingga kelihatan seperti dlm gambar...sejukkan dan sedia digunakan
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts
Thursday, November 21, 2013
Tuesday, October 4, 2011
roti paun
roti paun ...minum petangzzz
no time la konon2 nye nak pok pek pok pek...hahahha...layan
sumber : kak hana
Bahan-bahan
- 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
- 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
- ¾ cawan gula halus
- 1 paket (11 gm) yis
- 3 biji telur
- ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
- sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
- Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
- Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
- Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
- Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je)
- Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
- Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
Sunday, October 2, 2011
Soft Pretzels versi tembam ahak ahak

ku ke udara lagi...bersama mu kembali...dgn rangkaian lagu2 juga pesanannn oooo...
ewah2 menyanyi sumbang dah ni...dah lama tak hapdet, gitu le jwb nye..!!! menyedari tahap kerajinan yg merudum...dum...dummm...
harini, tetiba lak hangin sepoi2 rajin ada sikit dlm umah ni...kite layan soft pretzels kata nye....tp aku punye versi tembam...ntah apa kena aku punye ni bole lak tembam!! haiyakkk!! tp ok lah kan mengubat kerinduan pada auntie Anne....walaupon aku punye ni tak lah setanding die..
resipi kak hana yg blog dah lama tak bersapu tu...hahhahahha (jgn mara kak, samo la kito)

Bahan-bahan
- 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
- 1 suduteh garam halus
- 1 sudubesar gula halus
- 1 1/2 suduteh yis kering
- 1 sudubesar butter cair
- 1/2 cawan susu segar (suam)
- 1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua
- sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara- Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
- Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
- Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
- Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
- Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar. - Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
- Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
- Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.
Monday, May 23, 2011
Roti Kentang lagi
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
gebussss...cicah nescafe panas...perghhhhhh
gigil rasanye nak BM...tapi tak pe la...pakai mixer selagi boleh...ekekkeke *ayat sedapkan hati*
Bahan Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA
- UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
- Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
- CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
- UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang..
Wednesday, May 11, 2011
Puding Roti Sos Kastard
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
melayan selera en somi nak makan puding roti yg ada sos...ekceli, en somi susah nak minta makanan..die makan je apa yg ade..ehmmm bagus kan??? sesekali die minta, walaupon kurang rajin, gagahkan juga la...resipi ni mmg dah pernah buat dulu kat SINI pernah juga buat versi ventat kat SINI ekekkekee...resipi hangkut dr SINI...tp kastard kak nor yg kasi kat SINI....
Bahan-bahan
- 8 keping Roti
- * 500 ml Susu segar
- * 4 sudu besar Gula halus
- * 2 sudu besar Butter- cairkan
- * 2 biji Telur
- * 1 sudu teh Esen vanilla
- * 1 sudu besar Tepung Jagung
- * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
- 2 sudu besar Kismis
- 1 tin susu cair
- 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
- 2 s/b gula
- Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
- Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
- Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
- Taburkan kismis diatas adunan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
- Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
- Tuang ke atas puding roti tadi.
Friday, April 22, 2011
Bun Lembut Osaka
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom minum petang dgn bun lembut osaka nih...hehehehe agak2 kalau tuko jadi Bun Lembut Bentong kena hambat dgn ros tak??? tapi rasanye lebih baik jgn..kang kena hambat
1 adunan ni cukupla sampai bekpes esok...senang, tak yah pikir2 nak sarap ape...petang ni layan bun dgn Rzuan je...die cicah hot choc..mak die cicah teh tarik...pergghhhh minta napas jap..sedappppppppppppp
Source: Ros Jintanmanis
Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux,
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Wednesday, April 20, 2011
Mexican Bun
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
dah rabu ??? what the pantas kan??? terserlah betul tuan tanah malas nak hapdet..tapi arini terpanggil nak tayang roti ..projek malam tadi buat bekpes pagi ni..wangi je time bakor..ehmmmmmmm..angkut dari k.lily my resipi..mekaseh kak..sedap...len kali nak bubuh lebih sikit emulco coffee..
Bahan-bahan
Cara-cara- Filling
- 200 gm mentega
- 1/2 teaspoon vanilla essence
- 70 gm brown sugar
- Topping -
- 200 gm mentega
- 160 gm gula icing
- 3 biji telur grade A- pukul sedikit
- 1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
- -200 gm tepung gandum
- Doh Roti
- 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
- 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener
- 20 gm susu tepung
- 75 gm gula castor
- 3 sudu kecil dry yeast
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji telur- dipukul
- 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
- 60 gm mentega
- Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
- Doh Roti
- Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
- Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
- Masukkan telur dan air/susu segar.
- Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
- Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
- Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
- Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
- Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
- Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
- Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Saturday, April 16, 2011
Roti Inti Kelapa
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
mari mari mari mari...sapa mau loti..??? jangan malu duduk bersila baik2...jgn rebut2 kang sepah, korang sapu balik...ekekekkeee
mari layan loti panas, ekceli ada inti kaya juga tp tak sempat nak klik2 dah kena rembat...inti kaya peberet ayah dan anak...inti kelapa untuk si mak...ehmmm mcm2..inti kelapa balance buat inti tepung bungkus marin
basic doh dr kak noreen UK yg dah lama tak ke udara..
Bahan-bahan (14 biji):
380gm tepung roti
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening
cara:
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
- setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
- ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
- rehatkan doh selama 10-15 min
- selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh
- ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
- lakukan sehingga habis
- selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
- kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas
- kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
- jika takut permukaan roti perang sangat bolehlah dibakar dahulu selama 15 min dan selepas itu ditutupkan permukaan loyang tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi selama 5-10 min lagi
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dihidangkan
note: texture roti nie memang lembut dan doh pulak memang cantik kentalnya
Friday, April 1, 2011
Bingka Roti
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam jumaat semua.
Harini nak share pasal ketidaksabaran saya...inilah padah kalau tak sabor..!! tengok la hasil bingka roti yg asalnya dan sepatutnya cantik dimata dan semestinye catik dikerongkong..ia kelihatan terbahagi 2 bahagian...menderhaka yg telah dihukum..!! lain kali kalau resipi kata, rendam 10 min...harus la ikut ckp dan JGN melawan...padan muka saya...huhuu
nanti dulu, nasib baik rasa die maintain sedap...syukran..cnp dr kak hana.
Bahan-bahan
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur - pukul sikit
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 /2 sudu kecil garam
- 400ml santan100 ml susu segar / susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
- Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
- Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
- Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar dengan api perlahan selama 1 jam.
Tuesday, March 22, 2011
Burger Malaysia
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kabare ???? waras muga muga ee...eceh eceh speaking Jowo nih...
saja nak share burger yg dah selamat di hadam ni...resipi yg enak, mudah dan lazat...sungguh evergreen kan resipi ni??? ingat time sekolah rendah dulu, peberet betul...kuih wajib time rehat..!!! duk usha yg sambal lebih je kan kan kan?? aku la tu..
kalau yg lazimnye timun tu dihiris nipis sekeping2 gitu kan?? atas permintaan en somi, die minta di cincang halus mcm timun laksa...katanya, senang nak makan..sebab kadang2 die gigit tak putus betul pastu tertarik timun tu keluar dan jatuh atas baju die...sejarah pernah terjadi..kekdahnya..!! si isteri pon ikut kan permintaan...ternyata lebih sedap dan bole memuatkan lebih timun berbanding yg sekeping2 tu...ehmmm macam2..meh layan resipi kak hana...kak, saya kopipes eh..mmg kurang kerajinan ni..ekekkeke
Bahan-bahan
- 200g tepung gandum
- 140ml susu/air
- 2 sudu besar butter/marjerin
- 21/2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil dry yis
- uli bahan di atas smpai licin. tutup ngan plastik wrap n biarkan adunan naik 2 kali ganda
- pastuh tumbuk2kan bg angin kuar. n bahagikan kpd 8 biji. bulat2kan.
- then biarkan sehingga naik 2 kali ganda lagik.
- panaskan minyak...goreng hingga kekuningan ngan api sederhana.
- dh sejuk...belah tengah jgn sampai putus then masukkan sambal ikan bilis n timun.
- siap!
Thursday, March 17, 2011
Roti Labu
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Arini tayangan labuuuuuuuu je eh...hahahhaha sabau2...esok ada lagi tayangan labu..baki yg ada akan diusahakan sebaiknye...tp tuk minum petang ni, kita layan roti labu lak...hahhahaa cik cipon tu ada lagi, tapi gelojoh nak buat roti gak!!! tak kira...sebenarnye, ade jemputan minum petang kat umah jiran belakang ni...minum ptg kecil2an katanya..jadi buat lebih sikit la utk memeriahkan suasana..kunun la kan...
resipi ni adaptasi (eceh eceh ayat baekkk punye) dr resipi potato bread kak rin chan, cuma tukar kepada labu aje..
Bahan-bahan:
300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek - tukar dgn labu
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega
300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek - tukar dgn labu
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan labu lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan labu lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....
Monday, February 28, 2011
Banana Yeast Bread
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam isnin semua..sekejap je dah minggu baru kan..?? lonely weekend nampaknye..traficc makanan juga begitu...mengapakah..??? (tetiba rasa begitu)
bekpes pg ni, layan roti pisang...terliur, jeles, geram tgk kakak ijah dgn kakak mas buat...kalau ada sesiapa lg yg tidak disebutkan, ampun dan maaf ye...nampak gojes punye gebu..hentak2 kaki nak buat juga...alhamdullilah, tidak mengecewakan..!! gebus juga okey..!! len kali kena repeat lg...terima kasih daun keladi, saya cnp kat sini...ewahhh ai buat pantun 2 kerat u..layannn
Ingredients
200 gr bread flour
1 tsp instant dry yeast
20 gr caster sugar
150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
40 ml milk
20 gr unsalted butter
1/4 tsp salt
*saya tambah setengah biji telur
Method
1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk mix well.
2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.
*doh roti ni agak lembik sikit, jadi saya tambah 2 sudu besar tepung lagi.
suke letak dlm paper cup, senang nak ngappp
Tuesday, February 8, 2011
Pandan Bun

Assalamuallaikum,
Bahan A :
50gm castor sugar
1/2 tsp fine salt
1 small egg
200gm cold water
3 tsp yis segera
Beberapa titik pandan paste
20gm santan powder
fuhhhh, lama dah rasanye tak update blog ni...sakan cuti raya...ekekkekee...hari ni dapur baru beroperasi.
bg memaskan enjin dapur, layan sambal sardin kat bwh sinun...warm up oven dgn pandan bun, resipi kak rin chantapi yg ni tak de hiasan, plain aje.
Bahan A :
50gm castor sugar
1/2 tsp fine salt
1 small egg
200gm cold water
3 tsp yis segera
Beberapa titik pandan paste
20gm santan powder

Bahan B :
350gm tepung protein tinggi
1 tbs susu tepung
1 tsp bread improver
30gm butter
Pandan Kaya secukupnya
Kelapa kering secukupnya
350gm tepung protein tinggi
1 tbs susu tepung
1 tsp bread improver
30gm butter
Pandan Kaya secukupnya
Kelapa kering secukupnya

Cara-cara:
1. Satukan bahan A. Tuang sedikit demi sedikit ke bahan B yang telah di ayak bersama.
2. Uli gunakan mixer atau gunakan tangan sehingga membentuk doh. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yang lembut, rata, licin dan elastik.
3. Tutup doh di dalam bekas sehingga naik dua kali ganda, selama 1 jam.
4. Tumbuk2 doh utk mengeluarkan udara. Bahagikan doh kepada 12 bhg dan uli memanjang setiap satunya seperti roti "hotdog". Susun dalam loyang seperti dalam gambar.
5. Biar doh kembang semula. Spray air, paipkan pandan kaya dan taburkan kelapa kering.
6. Bakar pada 180 darj cel selama 20min ke 25min. Sapukan dengan butter sebaik keluar dari oven.
1. Satukan bahan A. Tuang sedikit demi sedikit ke bahan B yang telah di ayak bersama.
2. Uli gunakan mixer atau gunakan tangan sehingga membentuk doh. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yang lembut, rata, licin dan elastik.
3. Tutup doh di dalam bekas sehingga naik dua kali ganda, selama 1 jam.
4. Tumbuk2 doh utk mengeluarkan udara. Bahagikan doh kepada 12 bhg dan uli memanjang setiap satunya seperti roti "hotdog". Susun dalam loyang seperti dalam gambar.
5. Biar doh kembang semula. Spray air, paipkan pandan kaya dan taburkan kelapa kering.
6. Bakar pada 180 darj cel selama 20min ke 25min. Sapukan dengan butter sebaik keluar dari oven.
Sunday, January 16, 2011
Bingka Roti Berjagung
selamat malam semua....arinikan mendung, perut di isi terusss...dah lewat petang baru perasan ada roti yg hampir expired..layan bingka roti enjoy juga ni "bisik hati kenit aku ni"....operasi berjalan lancar tp sayangnye aku tak stok jagung cream...nak keluar, malas lak...nak2 pulak bw si bujang kecek tu...jap lg nak g kedai beli jagung je, balik2 dah 1 beg plastik penuh isi brg...jadi, guna kismis je la...bila nak buat custard topping, susu cair lak kehabisan...."makan mcm ni je la"
resipi, cnp kak rinn punye...sedap..!! kalau ada topping lg enak...layanzzzz
BINGKA ROTI BERJAGUNG
Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin
Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin
Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.
Untuk Sos Kastard - Kakak Hana
- 1 tin susu cair
- 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
- 2 s/b gula
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.
Tuang ke atas puding roti tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)



