Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Puding Roti Sos Kastard

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


melayan selera en somi nak makan puding roti yg ada sos...ekceli, en somi susah nak minta makanan..die makan je apa yg ade..ehmmm bagus kan??? sesekali die minta, walaupon kurang rajin, gagahkan juga la...resipi ni mmg dah pernah buat dulu kat SINI pernah juga buat versi ventat kat SINI ekekkekee...resipi hangkut dr SINI...tp kastard kak nor yg kasi kat SINI....


Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Monday, May 9, 2011

Puding Roti Pelangi

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hot kan cuaca arini..?? mencari2 makanan/minuman yg boleh menyejukkan anak tekak...nyaman je rasenye...
belek punya belek..cari yg mudah2 dan cepat sudah...kite layan puding roti kak hana ni lak...dulu pernah buat yg versin marble...kali ni tuko warna lak...


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)


Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Tuesday, January 18, 2011

Eggless Caramel Pudding

assalamuallaikum semua...alhamdullilah dah selasa pon arini...semalam aku dikhabarkan tentang kwn sama2 belaja photography telah kembali kepangkuan Ilahi di awal usia 30-an..Al-fatihah
masih lg rasa tersedu dgn pemergian itu..rasa insaf dtg dlm diri, rasa kematian itu juga hampir dgn aku...sebelum terlupa, lg menyesal jika terlambat...pada kawan2 dan kakak2 blogger, aku mohon maaf andai aku pernah menyinggung mana n3 korang, tersasul memberi comment mahupun, menggangu ruangan...aku sekadar mengisi masa dan ruang yg kosong dlm kehidupan aku ni sebagai memeriahkan jam-jam yg aku lalui hari2..tiada dengki dan iri hati dgn kehebatan korang memasak..korang la antara pembakar semangat aku utk terus menjadi chef kpd suami dan anak2...terima kasih (0-0 aaaaa)


cukup2 la sedih tu, aku nak kongsi puding aku arini....kalau sehari tak merayau dr blog ke blog mesti tak tenteram idup aku ni...semlm aku jln2 kat blog kakak sueJoshua...tiba2 terteguk air liur nampak puding die...nak buat nak buat...tak kira nak buat juga...

layanzz

BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN A:
  • 400 ml susu segar
  • 2 s/b tepung kastard
  • 2 s/t esen vanilla
  • BAHAN B:
  • 10 gm serbuk agar2
  • 4 cawan air
  • 150 gm gula pasir
  • BAHAN KARAMEL:
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 s/b air



CARA-CARANYA:
  • Untuk membuat karamel, masukkan gula kedalam periuk kecil, letakkan diatas api yang sederhana, kacau perlahan sehingga gula larut dan berubah warna perang, tutupkan apinya dan tuangkan air perlahan-lahan sambil terus dikacau sehingga menjadi karamel, tuangkan kedalam acuan, ketepikan.
  • Campurkan semua BAHAN A kedalam bekas, kacau sebati dan ketepikan.
  • Masukkan BAHAN B kedalam periuk, kacau rata dan masak sehingga mendidih, kemudian tuangkan BAHAN A, kacau perlahan sehingga pekat dan barulah ditutup apinya.
  • Tapiskan dan tuangkan kedalam acuan yang telah berisi karamel tadi.
  • Biarkan puding sejuk dan mengeras, kemudian masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila puding dah sejuk, bolehlah dihidangkan.



Thursday, December 9, 2010

Marble Bread Pudding


ayuh laa makan pudding....org lain tayang lunch menu tapi aku??? layan pudding laaaaaaa...aku tak tau nak makan ape lunch ni, aku tunggu ptg sikit kang baru nak masak..dpt la makan rebut2 dgn dak kecek aku tu..


resipi asal dr kak hana busuk masam, tuan tanah minta izin ye cnp kat sini adik manja malas nak type laaa...ekkekekee...dah ramai yg buat, semua tunjuk thumbs up...kakak ni ada...kakak ni ada...kakak ni pon ader... sila2 la jadi kakak yg membuat juga ye...ahhahhaaa...aku je masih adik wokeyyy...


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Tuesday, August 24, 2010

Pudding Susu Coklat UHT


Selamat berbuka semua...*belom lg tau...* dah lama tak upload makanan kat blog ni...sibuk sgt la kunun..tp begitu la sebenarnye...tempahan cookies baru selesai di settlekan...sekarang menjahit plak..arini teringin lak nak makan agar2...maklumlaa air sejuk pon nampak sodap kan..???
aku tak pernah buat agar2 ni...harap sedap seperti yg dilihat..memandangkan aku kekurangan fancy cup...aku tenyeh je la cup puteri ayu..resipi ni aku salin dr blog kak no69 (maaf ye kak...resipi akak sampai bentong plak..ngee)
Bahan-bahan
10g sebuk agar2
350g air
100g gula secubit garam
650ml susu UHT
3/4 sudu emulco coklat
susu cair Ideal
Cara-cara
1. Didihkan air bersama serbuk agar2 dan gula. Kacau hingga larut
2. Tuangkan susu UHT. Masukkan garam dan emulco coklat
3. Kacau selalu biarkan didih sedikit. Padam kan api
4. Tuangkan kedalam acuan.
5. Tuangkan susu cair semasa menghidang..

Thursday, April 29, 2010

Puding Susu Koktail






petang tadi aku layan tekak dengan Puding Susu Koktail...walaupon cuaca mendung, aku belasah gak puding yg yummmy ni...geledah dapur kak ummi home sweet home...nampak puding ni dlm dapur die mcm menarik la plak...tak leh jadi ni...aku kena gak buat...wajib!!!!...maaf ye kak ummi, saya kopipes je resipi akak ni...saya follow 100% apa yg akak publish...mmg rugi kalau tak cube sebab sedappppppppppppppppp...


Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (aku belasah fresh manggo potong kiub)


Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Tuesday, April 27, 2010

dadih strawberry




ya allah...berhabuk dah umah aku ni...mcm dah lama tak lap...dulu masa tak de umah, hentak kaki nak umah gak mcm org lain tapi bile dah ade, mcm malas lak nak bersihkan...iskkkkk ape nak jadi aku ni...tapi tak pe, arini aku dtg nak wat clean up sikit...baru best dah berseri...

sebenarnye kat umah aku ni dr semlm dok mendung je...mlm kang kompom ujan...mesti mlm kang otomen aku tu tido cepat...sebab no tv while raining...!! nasib ko la otomen kecek dpt mak garang...heheheee...but its 4 your own good son...

dengan cuaca mcm ni, perut aku ni dok minta di isi je...kena gak la layan kalo tak kooo...ishkk tak leh wat keje...since mr asben offshore ni aku jarang sgt masak..otomen g sekolah..tinggal aku sorang...ari ni tekak aku ni mcm nak makan dadih..(org wat dadih sesuai time cuaca panas) tapi layan je le...hehehheee kak hanieliza punye resipi aku follow dis time (akak ok kan ?...saya kopipes..?..) di sebabkan tak de fancy acuan..aku belasah je acuan lompang...otomen balik nanti dah ada santapan untuk die....
(aku wat setengah adunan je)

DADIH STRAWBERRY

Bahan

1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady

Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.