Monday, May 23, 2011

Roti Kentang lagi

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

rasa dah lama tak meroti...loti ni mmg memenuhi idaman sebab lebut dan gebu je...kan kan kan??? rata2 bloggers dah buat roti superb ni...pernah juga buat sebelum ni SINI dan kat SINI..kali ni, amik dr umah CMG..kalau tak abis ptg, malam ni...kite sambung bekpes esok...hahahhahaa..mekaseh CMG,

gebussss...cicah nescafe panas...perghhhhhh
gigil rasanye nak BM...tapi tak pe la...pakai mixer selagi boleh...ekekkeke *ayat sedapkan hati*

Bahan Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang..

7 comments:

  1. Hello Hani, I love your these roti. Its beautiful, love the colours. Minta ma'af I comment in English sebab bahasa saya sebelum Merdaka, its out of tune, ha ha.
    I think I can polish off easy 5 pieces of your this bread. Looks so delicious.
    Ada iced kopi? Ha ha.
    Noticed you in Bentong?
    The last time I was in Bentong and Raub was wayyyyy back in the early '80s.
    I think Bentong changed a lot now.
    Nice blog you have.
    You have a great week and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. hi uncle lee
    thanks for dropping by...no worries about your bahasa...sometimes i do broken English...hahhahhaaa...eh eh eh come we sing a song together....hihihiii

    ReplyDelete
  3. Salam kak hani!!! meakseh dtg singgah umah kita kita link akak sekali ya, payah betul skrg ni nak copy link kena tulis url tu sendirik hihihi... waaaaa..roti kentang dah setahun lebih tak makan :D minggu depanlah kita mula meroti :D

    ReplyDelete
  4. Assalam hani,
    nampak lembut aje roti ni hani..
    rajin adik akak ni meroti ya..
    dah penat kayuh basikal ni tak ada air ke?..
    tak kan roti aje..heheh

    ReplyDelete
  5. ijayuji
    kite selalu singgah selongkar dapur ija...ekekkekee tapi saya dah kemas balik...tgk gambar yg cantik2 tu...suke tau..nah amik 3 ketui..hehehhee

    kak ayu,
    kenapa naik beskal kak??? jalan kaki baru best....hahhahahhaa

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum hani..salam winduuuu! baru berkesempatan nk singgah sini..wahh mcmx2 menu best dah tertinggal ni...roti tu sungguh mengancam...gebus tu..kek kat bawah tu pun terguda dibuatnya..adehhh mcm mana nk mendietkan diri ni...hehe

    ReplyDelete
  7. kak nieza,
    rindu kan??? meh peluk gomol2...hehehhheee..tak de ape yg tertinggal kak..sama je...nanti akak buat marathon eh...hahhahaaa

    ReplyDelete