Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Choc Chips Cookies


Assalamuallaikum,
harini layan selera rzuan dgn cookies kegemaran die..penggemar chipsmore
sebenarnya dok terliur dgn project cookies kak Nor semlm...tp tak de lah smpai nak buat 900 containers kan ...1 adunan sudah memadai...kali ni pon masih ikut resipi kak Nor...nak rasa kesedapan terangkat cookies ni...mmg terbukti kerangupan dan kelazatannye, bukan setakat anak, mak ayah pon pasti menggemarinye (ayat skema ye kawan2 semua)...layan resipi


Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
20g sebuk koko- resipi asal, tak de
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang


Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung, serbuk koko bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...



Monday, October 4, 2010

Cornflakes Almond Honey


petang ni kita layan cornflakes almond madu...seperti biasa la, ini kudapan kami sekeluarga..janji ada bende tuk dikunyah...bahang raya kan masih ada..very da crunchy..yum yum

bahan:

500gm cornflakes
50gm almond nibs
1/2 cwn madu
1/2 cwn butter
2 s/b gula
paper cup secukupnya

cara:

1. masak semua bhn hingga gula hancur kecuali cornflakes dan almond nibs
2. masukkan cornflakes dan almond. kacau seketika. tutup api
3. masukkan ke dlm paper cups.
4. bakar 150 darjah utk 10min
5. sejuk dan sedia dimakan

Sunday, October 3, 2010

Blueberry Cheese Tart

memenuhi permintaan cikgu kindi otomen..blueberry cheese tart..

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Snow Almond


assalamuallaikum...fuh..!! lama sungguh tak update blog..tp alhamdullilah masih dlm mood raya...sonok beraya sana sini...walaupon en somi bekerja dihari raya...bila balik umah, baru perasan yg aku ni tak ada cookies yg nak dijamu kalau ada tetamu...jadi kena lah gentel la ape yg patut kan..aku buat Snow Almond..kak hana kata resipi terbaek nih..aku pong cube la..nyata tak mengecewakan.. layan

Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs


Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.