Assalamuallaikum..
Alhamdullilah dah Khamis arini...cepat je kan??
arini nak kongsi roti...haih bukan mengeluh sebab cuti sekolah panjang tp keadaan nya mmg mcm tu...kalau cuti sekolah...mesti banyak masa kat dapur...ada je request nak itu ini...oh my anak..
ok, petang ni layan roti gebu..serious gebu...gebu sgt...hahahhaa...sebenanya semalam dah buat roti tp guna tepung kek...bole?? pastu sementara perap, bole plak keluar g potong rambut anak bujang...alahai...tp kejadian rupa paras mungkin tak cantik..tp tekstur 1st kelas...gebuuuu..dpt 12 ketul..mak ayah makan 1 ketul sorang anak bujang???? selesai die kerja kan...alhamdullilah tak membazir..
arini, buat roti coklat buh raisins...resepi Ros Jepun...ros juga ada share tips meroti..mekaseh ros
saya tambah water roux dlm resepi ni..tambah gebu..
Fresh Cream Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
110ml nama kurimu@fresh cream
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
180ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit coklat rice sebagai variasi pada nama kurimu pan.
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 3 bahagian, 2 bahagian biarkan plain dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, dan biarkan naik dua kali ganda, satu lagi bahagina masukkan coklat rice, uli sebati kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.
ini lah rupa water roux saya..
25g tepung gandum
125ml air
* masak atas api perlahan dan kacau sehingga kelihatan seperti dlm gambar...sejukkan dan sedia digunakan
ani, water roux ni nk masuk kan waktu bla? time nguli tu ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum...aduh teruja sungguh klu dpt buat roti sendirikan...kena msuk list resepi ni tkasih...
ReplyDeletehai, salam kenal dr SRC..
ReplyDeletesaya singgah sini dan follow..suka tengok macam2 ada di sini.sudi singgah dan follow blog saya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
salam singgah dr blog http://iriskitchen.blogspot.com/
ReplyDeleteMMORPG OYUNLARI
ReplyDeleteinstagram takipçi satın al
TİKTOK JETON HİLESİ
Tiktok jeton hilesi
ANTALYA SAÇ EKİM
İNSTAGRAM TAKİPÇİ SATIN AL
ınstagram takipci satin al
metin2 pvp serverlar
İNSTAGRAM TAKİPCİ