Friday, April 1, 2011

Bingka Roti

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam jumaat semua.

Harini nak share pasal ketidaksabaran saya...inilah padah kalau tak sabor..!! tengok la hasil bingka roti yg asalnya dan sepatutnya cantik dimata dan semestinye catik dikerongkong..ia kelihatan terbahagi 2 bahagian...menderhaka yg telah dihukum..!! lain kali kalau resipi kata, rendam 10 min...harus la ikut ckp dan JGN melawan...padan muka saya...huhuu
nanti dulu, nasib baik rasa die maintain sedap...syukran..cnp dr kak hana.


Bahan-bahan
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara
  • Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  • Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  • Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  • Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar dengan api perlahan selama 1 jam.
Note: Cara hana, hana blend semua bahan kecuali roti. Kemudian tuang ke dalam roti yang di carik2 tadi dan rendam 10min (hana tambah kismis dlm adunan). Kemudian bakar suhu 170-180 selama 50min-1jam.





5 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Sepatutnya nama dia jadi bingka roti berlapis. Tettttt...

    ReplyDelete
  2. kak noor Masri
    sedap tp...menci tau ada 2 lapis

    ReplyDelete
  3. kak sam,
    tettttttt juga la...hahahhaha

    ReplyDelete
  4. hani..kak mas nak sikittttt...

    ReplyDelete