Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Nasi Beriyani

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Harini en somi balik, masak spesel sikit la..esok2 masak sardin pon tak pe...ekekekkee
berangan nak buat kurma daging tp mcm tak berapa laku daging kurma dlm umah ni..tukar jadi kari daging je la...kalau tak habis, esok leh buat cicah lempeng ke cekodok..kan kan kan???
jelatah mentah tu mmg akan licin..kalau buat 2biji nanas pon akan licin juga..sebab mmg peberet en somi
kiranye arini mood perantin uolls...resipi amik dari kak hana lg...



Nasi Beriayani
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 2 cawan air (sukatan ikut jenis beras)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • rempah sekawan (bunga lawang,kayu manis, pelaga n cengkih)
  • 2 sudu makan rata rempah beriani - bancuh dgn sedikit air jdkan pes
  • 1sk gula perang @ gula batu
  • 2sk serbuk pati ayam @ 1sb stok ayam
  • 1sk jus oren - optional
  • 1 btg daun ketumbar
  • 2 sudu makan minyak sapi @ butter
  • 1 helai daun pandan
  • Garam

Cara-cara

  • Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi, tumis rempah sekawan@rempah tumis dan bawang hingga naik bau... masukkan pes rempah beriani dan stok ayam. Gaul. Masukkan pula beras dan gaul mesra lagi.. Masukkan air dan susu cair serta bahan2 lain seperti gula perang@gula batu, jus oren, daun ketumbar (masuk ngan akar skali tk perlu potong), daun pandan serta garam. Pindahkan ke rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi hampir kering, masukkan ayam goreng susun hingga kedasar nasi. berhati2 ketika gaul nanti beras patah. tutup smula dan biarkan hingga masak. boleh titikkan pewarna kuning telur jika suka. hidangkan dgn taburan daun ketumbar@sup dan bwg goreng



Jelatah Mentah
Sourse : hanamemories
Bahan-bahan
  • nenas
  • timun
  • bwg besar
  • carrot - klu kat kg kita tkde letak ni...maklum ler kg..
  • cili padi
  • lada merah
  • garam
  • gula
  • cuka
Cara-cara
  • hiris nenas,timun,bwg,cili,lada,lobak hiris.
  • satukan semua bhn n gaul.
  • dah siap bleh dhidang!

Tuesday, January 25, 2011

Lamb Chop Koboi

Assalamuallaikum,
Salam Selasa semuaa..lunch kami arini lamb chop koboi ni...sebab ape???? sebab pasar tutup..!! selepas puas selongkar esbok, ini je la yg bole harap kejadianye...

Whipped potatos resipi kat sini

Well done for me...medium raw tuk incik somi
koboi kan..???

Thursday, January 20, 2011

Baked Potato's w Vegi Beef


Assalamuallaikum,

lunch menu of da day...eceh eceh...tekak nak makan western..layan

bahan2

6 biji kentang - cuci & rebus empuk
4 biji bwg merah - potong dadu
2 biji bwg putih - dipotong dadu
300 g daging cincang
garam
1 sk lada sulah
2 sb sos cili
1 susu air
sayur2an- brokoli, kacang pea..ape2 je nak letak laa
Aluminium foil




Cara2
1. ambil 4 biji kentang yg telah direbus, bakar 180 selama 30min (bungkus dlm aluminium foil)
2. 2 biji kentang di potong2 dan digoreng kekuningan
3. Tumis bahan yg dipotong dadu kelayuan, masukkan daging, lada sulah, garam..masak hingga daging kecut.
4. masukkan sayur2an, sos cili...masukkan air..gaul sebati. tutup api
5. Keluarkan baked potato tadi dan susun dlm pinggan.
6. sedia dihidang bersama tobasco dan mayonis..


Friday, November 12, 2010

Daging Kicap


Salam Jumaat everyoneeee....weekend its waiting for us...ewahh speaking london jah..hahhaa mood baik mcm ni la kan...

by the way, arini aku layan daging kicap tuk lunch...ehmmm makan sorang, selalunye masak cincang je tp arini disebabkan mood baik dgn cuaca yg terang2 mendung ni sambil menguli2 tepung nak buat Potato Bread...alhamdullilah, kenyang buat setakat ni..jap2 lg tak tau lak apa yg dibaham...hasihhh perot perot...ayuh la kita tinjau2 resipi kot2 ada yg nak mencuba...

aku buat tak sampai 1/2 resipi pon...*kang tak habis, sapa nak jawab jah ooii*

Bahan-bahan
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • air secukupnya
  • 1 biji kentang - potong 4
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. sos Blackpepper
  • 1 st. gula (optional) - x ltk
  • 1 st. sos tiram
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 5 tangkai cili api
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan ubi kentang, serbuk ketumbar. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos tiram, sos blackpepper dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga kentang empuk dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

Sunday, October 3, 2010

kari daging

atas permintaan en somi nak makan kari daging..aku ingat nak makan ikan ari ni..akur je la janji labis...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam (aku tak de stok..ngeee)
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..