Sunday, October 2, 2011

Soft Pretzels versi tembam ahak ahak




ku ke udara lagi...bersama mu kembali...dgn rangkaian lagu2 juga pesanannn oooo...
ewah2 menyanyi sumbang dah ni...dah lama tak hapdet, gitu le jwb nye..!!! menyedari tahap kerajinan yg merudum...dum...dummm...

harini, tetiba lak hangin sepoi2 rajin ada sikit dlm umah ni...kite layan soft pretzels kata nye....tp aku punye versi tembam...ntah apa kena aku punye ni bole lak tembam!! haiyakkk!! tp ok lah kan mengubat kerinduan pada auntie Anne....walaupon aku punye ni tak lah setanding die..

resipi kak hana yg blog dah lama tak bersapu tu...hahhahahha (jgn mara kak, samo la kito)



Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
  • 1 suduteh garam halus
  • 1 sudubesar gula halus
  • 1 1/2 suduteh yis kering
  • 1 sudubesar butter cair
  • 1/2 cawan susu segar (suam)
  • 1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua
  • sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)


Cara-cara
  • Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
  • Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
  • Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
  • Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
  • Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
    Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
  • Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
  • Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
  • Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.


6 comments:

  1. hani terguda tengok pretzel tu:)

    ReplyDelete
  2. nak satu,nak buat dinner..aish,mana kenyang,bagi 10 lah. :))

    ReplyDelete
  3. kembang sebab yis tu la kan.. uikkss jap ada jap tak de.. gi mana kamu? hehee

    ReplyDelete
  4. cantikk pretzel......
    mcm yg dijual..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Hani, apa khabar? Baby sihat? Waaah sejak dpt baby jarang dah update..bz la kaan...akak faham sesangat... Apapun pretzel ni cantik wpun tembam Hani...mesti kenyang dpt sebutir..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam..Cicah caramel sedap ni....

    ReplyDelete