Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Nasi Beriyani

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Harini en somi balik, masak spesel sikit la..esok2 masak sardin pon tak pe...ekekekkee
berangan nak buat kurma daging tp mcm tak berapa laku daging kurma dlm umah ni..tukar jadi kari daging je la...kalau tak habis, esok leh buat cicah lempeng ke cekodok..kan kan kan???
jelatah mentah tu mmg akan licin..kalau buat 2biji nanas pon akan licin juga..sebab mmg peberet en somi
kiranye arini mood perantin uolls...resipi amik dari kak hana lg...



Nasi Beriayani
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 2 cawan air (sukatan ikut jenis beras)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • rempah sekawan (bunga lawang,kayu manis, pelaga n cengkih)
  • 2 sudu makan rata rempah beriani - bancuh dgn sedikit air jdkan pes
  • 1sk gula perang @ gula batu
  • 2sk serbuk pati ayam @ 1sb stok ayam
  • 1sk jus oren - optional
  • 1 btg daun ketumbar
  • 2 sudu makan minyak sapi @ butter
  • 1 helai daun pandan
  • Garam

Cara-cara

  • Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi, tumis rempah sekawan@rempah tumis dan bawang hingga naik bau... masukkan pes rempah beriani dan stok ayam. Gaul. Masukkan pula beras dan gaul mesra lagi.. Masukkan air dan susu cair serta bahan2 lain seperti gula perang@gula batu, jus oren, daun ketumbar (masuk ngan akar skali tk perlu potong), daun pandan serta garam. Pindahkan ke rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi hampir kering, masukkan ayam goreng susun hingga kedasar nasi. berhati2 ketika gaul nanti beras patah. tutup smula dan biarkan hingga masak. boleh titikkan pewarna kuning telur jika suka. hidangkan dgn taburan daun ketumbar@sup dan bwg goreng



Jelatah Mentah
Sourse : hanamemories
Bahan-bahan
  • nenas
  • timun
  • bwg besar
  • carrot - klu kat kg kita tkde letak ni...maklum ler kg..
  • cili padi
  • lada merah
  • garam
  • gula
  • cuka
Cara-cara
  • hiris nenas,timun,bwg,cili,lada,lobak hiris.
  • satukan semua bhn n gaul.
  • dah siap bleh dhidang!

Thursday, May 5, 2011

Ayam Madu Sticky

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat malam...saje nak tayang ayam madu sticky ni...dah lama dok peram resipi kak hana ni...tertunai la hasrat dihati...senang je resipi ni, ibu dan anak mmg suke (ayah tak dop, keje) selain dijadikan gadingan dgn nasi putih, enak dimakan ratah begitu saje...ce cuba ce cuba...hehheheee

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 inci halia muda - parut
5 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
2sk maggi seasoning @ sos ikan
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
3-4 sudu besar madu
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan air
garam jika perlu

Cara-cara
Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.


Kailan Ikan masin sebagai gadingan...huhuu

Friday, March 11, 2011

Nasi Ayam II

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bahan-bahan
BAHAN NASI
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
BAHAN SUP
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
BAHAN CILI
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
BAHAN KICAP
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
BAHAN TAMBAHAN
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun




Cara-cara
  1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Monday, January 3, 2011

Soto Ayam Madura


cukup2 la bermalas2 kan..arini kena la masuk dapor..bekerja keras sikit...ekekekkeee
sempena hari ujan yg tak berenti ni, aku buat soto...selongkar dapur kak hana...cari makanan, nilah yg berkenan dek perut..

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih



Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.


Thursday, December 30, 2010

Pandan Chicken

arini mcm nak gelak kuat2 laa...seronok tgk kakak2 blogger berlawan tayang apam...mcm pertandingan dah gayanye...tu la yg dikatakan penyakit berjangkit...aku fobhia oooo kalau buat apam..selalu sangat kena sumpahan..!!!! payah sungguh nak 'senyum'...haishhhh ingat main2 je pasal sumpahan apam ni, rupenye ramai gak yg senasib dgn aku...kalau dapat apam senyum, menari zapin, hip hop laaa ..ape lagi ...ekekekekee...ok ok dah panjang sgt membebel nih...


resipi dari along roz..ya ampunnn ...die dah repeat banyak kali wokey..tak caya? tak caya? korang check la sendiri...mesti la sedap kalau die dah dok ulang je kan..!! aku tak nak lepas peluang la beb...

just nak share la kan...masa goreng ayam ni, sampai KL bau wangi pandan nye...haaaaaaaaaa baru ilang akai...

p/s : jgn tanya mcm mana nak lilit daun tu eh...pandai2la korang ..!!! hahahhahahaaa

INGREDIENTS:

8 pieces small Chicken parts
3 Garlic*
1 inch Ginger*
1 tsp Black Pepper Corns* (* pounded)
2 tbsp Oyster Sauce
2 tbsp Black Soya Sauce
1 tsp Honey




METHOD:
1. Marinate chicken with all the ingredients for 10-15 minutes.
Wrap with Pandan leaves.
Deep fry until cooked.

2. Serve with white rice or by itself.




Friday, December 17, 2010

Ayam Goreng Perap

ni semua angkara izah peminat mappin...die dok tayang ayam perap die...tergoda aku..

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (size kecil) - potong2
  • *3 biji bawang merah - tumbuk/blend
  • *5 biji bawang putih - tumbuk/blend
  • *1 batang serai - resepi asal xde - tumbuk/blend
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam - jika perlu
Cara-cara
Gaul semua bahan dan perap sekurang2nya 2-3jam. lagi lama lagi sedap.. kemudian goreng dengan minyak panas hingga ayam masak.


malas nak type...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Monday, November 29, 2010

Lemon Chicken

monday kan mmg bawa wabak malas yg melampau...aku yg tak kua bekerja ni pon ada rasa malasss...kui kui kui...pagi tadi aku buat kuih ketayap, aishhh malas nak pose kat blog sebab ehmmmm paham2 sendirik la eh...(tak lawoo rupe kuih tu, kalau jual alamatnya bukan tak cukup, org pon tak mo beli...hehhehehee) resipi asal dr blog AlongRoz...aku pon baru je kenal2 dgn die ni...best gak resipi die aku sukeeeeee...kak hana pon ada gak buat ni...tgk gambo dieorg pon dah rasa sedap...nikan plak aku yg buatttt hahhahhaaaa...kompon sedap gakkk ecehh



INGREDIENTS
  • 1 whole Chicken Breast - chopped to small pieces
  • 1 tsp Black Pepper powder
  • 1 tbsp Rice Flour
  • 1 tbsp Plain Flour
  • Custard Flour - for coating
  • Salt
METHOD
  • 1Mix all ingredients except custard flour.
  • Heat up oil for deep frying.
  • Roll battered chicken into custard flour & deep fry until golden.
  • Dish up.
SAUCE
  • 1/2 Lemon - squeeze juice & slice the rind*
  • (note: only used 1/4 lemon for rind. Remove the white part which has bitter taste.)
  • 1 cup Water*
  • 1 tbsp Custard Flour*
  • Honey, Sugar & Salt* (* mixed)
  • 1 tbsp Butter
METHOD
  • Melt butter & add in * mixture.
  • Boil until translucent.
  • Pour on top of fried chicken.
  • Serve hot.



Sunday, October 3, 2010

Ayam Lemak Cili Padi


standard la kalau dgn ayam ni, aku mesti dok ingat masak lemak...haishhh berhantu betul..layan..

p/s: aku malas nak type resipi..amik dari CMG je la...heheh ampun cik Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar ayam, potong 3 setiap kepingan
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
35 biji cili padi
*
1/2 inci belacan (optional)
*
5 biji bawang merah
*
3 ulas bawang putih
*
3/4 inci kunyit hidup
*
1/2 inci halia
*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak perlahan hingga ayam masak. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok). Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Friday, July 9, 2010

Ayam Masak Hitam


salam semua....

hitam si tompok manggis ni menu lunch arini....mcm makan kenduri lak lauk ni...masak hitam ni a.k.a masak kicap kot...cume die kering sikit...tapi yummy

resipi asal sebenarnye guna daging tapi disebabkan ketiadaan daging di rumah ku ini maka aku gantikan dgn ayam...hantam saja la...*dah la semlm ayam...arini layan lagi ayam...* hheeee


Bahan-bahan

1 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
3cm halia
1 batang kayu manis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
500g daging (aku ganti ayam)
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil gula melaka
sedikit stok daging (aku ganti ayam)
Hiasan
1 biji tomato potong 6
1 biji bwg besar - digoreng
1 biji kentang - digoreng
Cara menyediakan
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging,gula melaka dan kicap.
4. Masukkan stok daging. biarkan mendidih hingg kuahnya kering.
selamat mencobaaaa

Thursday, July 8, 2010

Ayam Sos Madu


lunch menu arini...masak cepat2...bole makan cepat2...dan rehat2...menu ni sekali lagi aku angkut dr Majalah Saji...mok arini malas nak pok pek pok pek....Layan

Bahan-bahan

500g ayam
Sedikit Garam
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan Sos

1 labu bwg besar - dikisar
2 ulas bwg putih - dikisar
10 tangkai cili kering - di kisar
30 g halia
1 batang serai
3 sudu madu
3 sudu sos cili
garam dan gula secukupnya


cara-cara

1. Gaulkan ayam dgn garam dan gorengkan. Tos dan ketepikan
2. Tumiskan bahan yg dikisar hingga naik bau
3. Masukkan serai dan sedikit air.
4. Masukkan madu dan sos cili. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan gaul rata...

hias ikut selera dan sedia untuk dihidang.