Assalamuallaikum dan salam Jumaat everyone,
arini mcm biasa sejukkkkk dinginnn lapaaaaar...since, en somi dah request nk makan cucuq udang semangat la cik wife memasak...ewahhh
ekceli, nak buat sempoi je..pakai sudu terus masuk dlm koli...tp bila nampak CMG punya cucur udang...wahhh nak buat mcm gitu gak la..hehehhe adalah gaya seperti cucur kat kedai tp citarasa rumah...kelaz ko
tapi aku tak de la buat sos lada...kami makan dgn cili sos jew...kena cepat sebab rzuan sekolah arini...nak iron baju la, mandikan anak2 la..mcm2
BAHAN-BAHANYA :-
2 cwn tepung gandum
1/2 camca yis
1 3/4 cwn air
1 mangkuk hirisan halus kubis bulat (mangkuk sup kecil)
5 pokok daun kuchai, cuci kerat2
1 biji bwg besar, dihirs
1/3 camca serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang size sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dgn towel paper
BAHAN SOS LADA :-
6 biji cili merah
1/3 cwn gula pasir
1/4 cwn cuka
3 ulas bwg putih
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-
1. Dalam satu bekas masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sikit sikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat (sukatan lebih kurang 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiiit). Masukkan hirisan kuchai, bawang, kubis gaul rata dan perap 30minit.
UNTUK SOS LADA :-
kisar cili dan bwang putih hingga halus, tuang dlm periuk. masukkan gula dan garam. Masak dgn api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada dlm keadaan kosistensi sederhana pekat. Sejukkan.
UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM:-
Panaskan minyak utk goreng terendam. Panaskan senduk mangkuk bersize sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dgn seekor udang dan rendam dlm minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur tadi). Ulang proses tersebut hingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yg telah dimasak dan toskan atas towel paper. Boleh hidangkan dengan sos lada tadi..Selamat Mencuba...!
makan panas2 mmg yummy walaupon dgn sos cili Kimball je hihihii
biarkan seketika sos tu meresap..kembang...pastu santap...perghhhhh enakk sekalik
Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Friday, November 25, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Kuih Rengas/ Kuih Kacang Hijau
assalamuallaikum..
Indah kan pg ni?? jap lg mesti ujan...yeayyy kita makan lagi..:D
arini bekpes seawal 6.30pg...wahhh sgt gelojoh nak makan kuih rengas...hehehhee..tak de la, sebenarnye mlm semlm tak makan apa, tu yg perut meronta2 di isi seawal pg...
masa g rombongan PERMATA ke pusat sains, dlm bus ada dibekalkan kuih ni..rasa sedap sgt..selalu nampak org jual pg2..tp tak teringin pon nak beli tp kali ni mcm memanggil2 nak buat...puas sikit makan..bole bedal lebih dr 5 ketul...hehhehe
resipi asal Kak Hanieliza...ai cnp je le..hikkk
Indah kan pg ni?? jap lg mesti ujan...yeayyy kita makan lagi..:D
arini bekpes seawal 6.30pg...wahhh sgt gelojoh nak makan kuih rengas...hehehhee..tak de la, sebenarnye mlm semlm tak makan apa, tu yg perut meronta2 di isi seawal pg...
masa g rombongan PERMATA ke pusat sains, dlm bus ada dibekalkan kuih ni..rasa sedap sgt..selalu nampak org jual pg2..tp tak teringin pon nak beli tp kali ni mcm memanggil2 nak buat...puas sikit makan..bole bedal lebih dr 5 ketul...hehhehe
resipi asal Kak Hanieliza...ai cnp je le..hikkk
Thursday, August 25, 2011
Puteri Ayu
Rindu....sgt rindu menghapdet blog/FB...kakak2, kawan2 lain menderu2 updet makanan...seronok je tgk..tp penyakit buat2 sibuk ni menebal betul dlm diri yg tak berapa nak kurus ni....Ramdhan pon dah hampir berakhir, Syawal tersenyum menunggu giliran utk bersuka ria...waduhhh sayu...sama2 kite berdoa semoga berjumpa lagi dgn Ramdhan akan dtg kan???
Jika ni, N3 terakhir aku (malas sungguh nak hapdet) mohon ampun maaf ye kawan2 sekalian...andai komen2 di ruang kalian ada yg terguris, maklum la jari aku ni tak bermata...ekekkee
moh layan resipi...mekaseh kak hana..kopipes aje ni..muah
Bahan-bahan
- 4 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula caster
- 3 biji telor
- 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
- 1 sudu makan ovelette
- 1 sudu makan baking powder
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Inti kelapa
- 1 biji kelapa parut putih sahaja
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepung ubi
- Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
- Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
- Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
- Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
- Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Tuesday, July 12, 2011
Talam Keladi
kembali...kembali...kembaliiiiiiiii...
almaklumlah sekali sekala je menghapdet...!! gitu le jadi nye...layan Talam Keladi setelah puas berjalan, merayau, merempit dr blog ke blog...wahhhh gituu...kesian tengok keladi tergolek2, sebelum dimamah usia, kena la melakukan modis operandi...
Tertawan melihat kecantikkan Talam Keladi kak Citarasawan...maka dgn sepantas kilat nakkkkk jugak...hehehhe...minta ampun kak wan, CNP kat sini lak..
*ai buat setengah adunan jew*
Lapisan Bawah :
Bahan A :
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
550 ml air
70 gm gula kaster
Bahan B:
200gm Keladi (potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit)
Loyang 10"
Lapisan Atas:
120gm tepung gandum
200gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat
300 ml air
1/4 tsp pewarna ungu
1/4 tsp garam
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan masukkan bahan B, Kukus selama 30 minit. Angkat
3. Lapisan Atas : Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.
4. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
5. Biarkan sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik yg disapu dgn sedikit minyak supaya potongannya cantik dan tidak melekit.
Bahan A :
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
550 ml air
70 gm gula kaster
Bahan B:
200gm Keladi (potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit)
Loyang 10"
Lapisan Atas:
120gm tepung gandum
200gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat
300 ml air
1/4 tsp pewarna ungu
1/4 tsp garam
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan masukkan bahan B, Kukus selama 30 minit. Angkat
3. Lapisan Atas : Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.
4. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
5. Biarkan sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik yg disapu dgn sedikit minyak supaya potongannya cantik dan tidak melekit.
Wednesday, July 6, 2011
Kuih Sagu/Bronok
kuih paling mudah dan sedap...versi kukus..cnp dr blog kak hana
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 gelas sagu biji kecil
- 2 gelas air
- 1/2 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap
Monday, July 4, 2011
Donut Mayonis
rinduuuuuu memblog ...lebih sebulan dah meninggalkan ruang lepaskan perasaan..ahakss gedik sungguh ayattt...sejak ada dak kecek dlm umah ni, aku membetulkan sikit tune dlm diri...dah lama tidur malam tidak diganggu, waktu senggang bole merayap sesuka hati, menari didapur pon tiada halangan...bby gurl Rizz Airaa dah 29hari dlm jagaan, Alhamdullilah die sihat dan dah pandai main mata..
Sejak kami mengambil Airaa masa umur 5hari dr ibu bapa nya, hidup kami berubah 360 darjah...!!! baru aku tahu pening juga jaga anak yg lebih dari 1...hahhahhaaa..terbantut jap nak anak ramai..(ececeh..mcm bole beranak lagi kan) berkat bantuan en somi dan keluarga, ringan sikit kesibukan aku...sibuk ke jaga budak dlm hari??? hahhahhaaa...aku mmg salute spring la kat mak2 kite yg bole jga anak ramai...pada yg dtg bertandang melawat Airaa, jutaan terima kasih tak kurang juga yg mengucapkan tahniah...doa2kan Airaa sihat dan bahagia bersama keluarga kami...Aminn
ok, nak share donut gebu ni...resipi asal kak yani buat roti mayonis...aku tgh syok nak buat anak bujang aku lak demand nak donut...adoooiii...terpaksa la menderhaka...tp result mmg BBOOOOOOOOM
Bahan-bahan:
- 300g tepung roti
- 110g air
- 50g water roux
- 50g mayonis
- 45g gula
- 45g marjerin/butter
- 1 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung
- Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
- Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
- Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
- Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit
Friday, May 27, 2011
Keledek Rebus
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ujan ke???? kat sini belom ada tanda2 nak ujan...huhuuuhuuuu...
meh layan keledek rebus manis....ya ampun punya tergoda tengok die tergolek2 kat pasaraya semalam...tapi naik buntang biji mata aku bile tengok harag die RM 16 SEKILO...pengsan jap :D...tapi tak gila la nak amik sampai sekilo kan???? Imported katanye..rembat 3 4 ketul sudah...tak sabo nak rase keledek dr JAPANG ni...perghhhhhhhhh mmg manis...manis sgt okeh...tapi aku sorang je yg layan sebab anak bujang aku tu kata "tak kenyang la mama makan buah ni"...huhh..!!
tak de makna nak cicah2 segala macam eh sebab terpaksa makan begitu saje, dah mmg sedapppppppppppp..hamekkk
kasi aksi manja sikit...hehhehe
layan dgn nescafe...tapi minum air masak lagi masyukkkk sebab keledek tu dah manissss
makan 2 ketul ni pon kenyang....yumm
Thursday, May 26, 2011
Tuna Puff
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
tertunai sudah hajat nak makan tuna puff...al maklum la nak kua ke bandar semata2 beli mcm tak berbaloi lak...nak lagi tak nampak kedai melayu yg menjual...sian betul la..
mcm tak de mood nak mengarang arini ...erkkkk bukan ari2 ke aku mmg malas mengarang???
Bahan Inti Tuna:
- 1 tin tuna, tos dan hancurkan
- 1 biji bawang besar, dadu kecil
- 2 biji bawang putih, cincang halus
- 1 camca besar cili kisar
- 1/2 camca teh lada hitam kisar
- 2 biji limau kasturi, perah jusnya
- 1/2 camca besar sos tiram
- 1 camca besar kicap cair
- 1/2 camca besar mentega
- Secubit gula
Bahan Lain:
- 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
- Kuning telur, disapu
- Sedikit lada hitam, tumbuk halus
- Sos pilihan (optional)
Cara-cara
- UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
Thursday, April 21, 2011
Apam Polka dotcom
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
arini other half nak kembali ke sarang...hehehhee selamat jalan lalink babai sambil lompat2 gembira... :0(((
..2 minggu lg balik bw kopok leko 4kilo eh....hamek ko!! sapa yg nak makan jgn tanya, kite sumbat la kat mana bole...huwa huwa..kala ada sapa2 yg minat, PM aku ye...Apam Polka dotcom ni dah tayang merata tempat..terhangat dipasaran dah mcm trend.
..2 minggu lg balik bw kopok leko 4kilo eh....hamek ko!! sapa yg nak makan jgn tanya, kite sumbat la kat mana bole...huwa huwa..kala ada sapa2 yg minat, PM aku ye...Apam Polka dotcom ni dah tayang merata tempat..terhangat dipasaran dah mcm trend.
Apam ni la yg aku dok hidang tuk TTM dgn Mak Jah semalam...tak kan nak bg biskut kering ye dak??? mau kena high bim kang...
resipi amik dr kak hana..tapi la kan, aku rasa 'meleceh' lak apam ni, kalau tak caya korang buat...haaaa baru tau apa yg dimaksudkan dgn ayat 'meleceh' aku tu..
Bahan-bahan
Cara-cara
NOTE dr Hana:
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Thursday, April 14, 2011
Tepung Bungkus
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...kenapa rupe die tak sama dgn kak Haniliza punye...(eceh eceh, berangan nak mcm sifu, mmg tak dapek laaaa) tp bole tersenyum dgn rasa nye...lemak2 masin..manis2 inti...
Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.
Tuesday, April 12, 2011
Durian Celup Tepung
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
seronok menggantung kad, poskad, award...penat pon ade...meh berehat sebentar dgn durian celop tepong...wahhhh dasyat bunyi resipi minum petang arini...oleh kerana sana sini bau durian..smpai dah pening ape lagi yg bole dibuat dgn lulian...hb pon terkejut durian celop tepong...tak pernah makan..hehhehehe (die tak tahu, yg isteri die ni pon pestime makan...)
layanggg...cnp resipi nak hana...maceh kak..den maleh nak nulih2 ni...hihhihii
Bahan-bahan

- Isi durian secukupnya - tak perlu buang biji
- *2 cawan tepung gandum
- *2 sudu besar tepung jagung @ beras
- *1 sudu besar gula - hani tak letak sebab durian dah manis
- * sedikit garam
- *2 cawan air - kurang lebih
- *sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
- Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
- Angkat dan toskan.
Apam Keledek
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Layan Apam keledek bekpes arini..keledek oren lebih buat epok2 haritu
Bahan A:-
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu teh yis segera
- 1 sudu teh gula kastor
- 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
- 230 gm keledek oren direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
- 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
- 1 biji telor
- 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
- 200 gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
- Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
- Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
- Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
- Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
- Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Friday, April 8, 2011
Epok Epok Keledek
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
karipap pulakkkk...
ekceli, ni buat ngup ngap dlm kereta utk ke kuantan jap lagi..bg budak kecek tu diam sikit dlm kereta..diam sikit dr pok pek pok pek..die ada 'kerje' kena buat..
amaran keras !!! sila abaikan hasil kerja tangan tu je...fail sikit bab klim tu...hehehhehee
cnp kat blog CMG
Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air
Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air
Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
Cara membuatnya:-
- UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
- UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
- UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.
Lepat Pisang
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jumaat,
cuaca indah kan kan kan???
blogger lain dah start tayang lunch menu, tapi aku lambat sikit tayang bekpes tadi...layan lepat pisang CMG, tp kali ni tak tau jenis pisang yg digunakan, adunan tu cair sikit...jadi la lepat lembik...hua hua hua...berangan lagi la kan...adoooiiii
harini, dapur tak berasap tuk lunch sebab hati ni tak tak saba nak g Kuantan...yeay yeay yeay...
bukan saje nak g jalan2 tp nak g jumpe hb kat sana...die dah selamat mendarat kat airport kerteh kul 11pg tadi dan akan terus ke Kuantan utk menghabiskan masa bersama keluarga...ekekekkee tapi ada 1 keluarga lagi yg akan join kami...huhuhu...
Tapi tak kesah la kan berapa keluarga yg join, tak kesah la sapa tunggu sapa...janji cuti ni akan dimanfaatkan sebaiknya...kami akan pulang esok....hahhahahhaha poyozzzz macam nak cuti lama lak ek...
ok, ni resipi CMG ...aku buat 1/2 adunan aje...(ampun ye CMG, cnp kat sini)
BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
- Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
- Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....
Wednesday, April 6, 2011
Kuih Pau
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
fuhhh...lama tak hapdet blog, jelas sgt tak duk umah...!! hehhehehe
minum petang ari ni layan selera anak kenet tu nak pau kaya...bukan ttak nak buat tp takut betul kulit permukaan pau tu...menggelutu...kali ni, dah doa kuat2 jangan la jadi lagi...Alhamdullilah, terima kasih kak nieza bg tips yg terbukti berjaya...muah muah
remain resipi CMG..jom minum
Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
Cara membuatnya :-)
- Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
- Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
- Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
- Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba
Friday, April 1, 2011
Bingka Roti
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam jumaat semua.
Harini nak share pasal ketidaksabaran saya...inilah padah kalau tak sabor..!! tengok la hasil bingka roti yg asalnya dan sepatutnya cantik dimata dan semestinye catik dikerongkong..ia kelihatan terbahagi 2 bahagian...menderhaka yg telah dihukum..!! lain kali kalau resipi kata, rendam 10 min...harus la ikut ckp dan JGN melawan...padan muka saya...huhuu
nanti dulu, nasib baik rasa die maintain sedap...syukran..cnp dr kak hana.
Bahan-bahan
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur - pukul sikit
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 /2 sudu kecil garam
- 400ml santan100 ml susu segar / susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
- Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
- Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
- Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar dengan api perlahan selama 1 jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)