Thursday, August 25, 2011

Puteri Ayu


Rindu....sgt rindu menghapdet blog/FB...kakak2, kawan2 lain menderu2 updet makanan...seronok je tgk..tp penyakit buat2 sibuk ni menebal betul dlm diri yg tak berapa nak kurus ni....Ramdhan pon dah hampir berakhir, Syawal tersenyum menunggu giliran utk bersuka ria...waduhhh sayu...sama2 kite berdoa semoga berjumpa lagi dgn Ramdhan akan dtg kan???


Jika ni, N3 terakhir aku (malas sungguh nak hapdet) mohon ampun maaf ye kawan2 sekalian...andai komen2 di ruang kalian ada yg terguris, maklum la jari aku ni tak bermata...ekekkee

moh layan resipi...mekaseh kak hana..kopipes aje ni..muah


Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.


1 comment:

  1. lama dah kak mas tak buat putri ayu..
    sedapnya tengok..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat hani sekeluarga....
    Moga hani sekeluarga ceria dihari raya nanti.....

    ReplyDelete