kuih paling mudah dan sedap...versi kukus..cnp dr blog kak hana
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 gelas sagu biji kecil
- 2 gelas air
- 1/2 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap
mmg best... i likeee
ReplyDeletesedapx2...cepat hani, akak dtng nk tapau ni..bawa roti nk tukar ngan kuih ni.hehe
ReplyDeletesuka sangat kuih sagu ni.....
ReplyDeletesimple tp yummy!
ReplyDeletehani sihat ke?lama x bergurau senda..bz dgn baby baru rupanya ye.. tahniah ;)