بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
karipap pulakkkk...
ekceli, ni buat ngup ngap dlm kereta utk ke kuantan jap lagi..bg budak kecek tu diam sikit dlm kereta..diam sikit dr pok pek pok pek..die ada 'kerje' kena buat..
amaran keras !!! sila abaikan hasil kerja tangan tu je...fail sikit bab klim tu...hehehhehee
cnp kat blog CMG
Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air
Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak
100 g mentega/majerin
130 ml air
Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan
Cara membuatnya:-
- UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
- UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
- UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.
amboii..rajinnya hani buat epok2 keledek..
ReplyDeletemeh sikittt...
masih belom bole mengalahkan kak mas punya kerajinan...haizzz
ReplyDeletenah la amik semua...ekekkekee
Hani, cantikla klim tu...keras tgn akak lagi teruk...tak menjadi langsung...btw semoga selamat pergi dan blk yer.
ReplyDeleteHi Hani, Thanks for stopping by my blog, you have a wonderful blog too, follow you..
ReplyDeletesalam hani..akak baru sampai nie..maklum laa,tyr asik pancit aje..tenet lemau gini laa gayanya..hihi...
ReplyDeleterajin bebeno la ngelim2 karipap nih..kalo akak ler,,pop masuk aje dalam acuan tu hah..sonang kejo den..malas pun ternyata satu faktor utama di situ..ekeke
salam hani,akak tak pernah mkn epok2..jgn gelak tau.Tp sekali tgk cam samosa la plak..rasa sama ke?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Hani,
ReplyDeleteKalau ikut mata kakak cantik klim cam gitu dari yg buat guna cetak. Ini baru betul tradisi Melayu. Buat gini nampak rasa lebih sedap kan....
assalamualaikum...
ReplyDeletesedapnnye kuih nih...bok mai seketui..!rajin adik sorang nihh