Thursday, May 26, 2011

Tuna Puff

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


tertunai sudah hajat nak makan tuna puff...al maklum la nak kua ke bandar semata2 beli mcm tak berbaloi lak...nak lagi tak nampak kedai melayu yg menjual...sian betul la..
angkut resipi kat SINI, kat SINI juga
mcm tak de mood nak mengarang arini ...erkkkk bukan ari2 ke aku mmg malas mengarang???



Bahan Inti Tuna:
  • 1 tin tuna, tos dan hancurkan
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 biji bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar mentega
  • Secubit gula

Bahan Lain:
  • 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
  • Kuning telur, disapu
  • Sedikit lada hitam, tumbuk halus
  • Sos pilihan (optional)


Cara-cara
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart"....

2 comments:

  1. Salam kak! ngidam betulll dgn puff2 dan segala puff recipe.. sini kita tak de jumpa lg yg halal ada pun yg jual homemade ingredients tak tahu sbb tulisan thai :D nak buat sendirik mcm tak kompident jerr sbb ada jual dia punyer margerine 4 segi tuu malas betul nak buatnyer hihihi

    ReplyDelete
  2. ngidam ek..??? doktor kata die nak jumpe jiya....hahhahahaaa...tu la kat sini pon yg jual puff smua en. Cina....sian kan???

    ReplyDelete