Monday, January 3, 2011

Soto Ayam Madura


cukup2 la bermalas2 kan..arini kena la masuk dapor..bekerja keras sikit...ekekekkeee
sempena hari ujan yg tak berenti ni, aku buat soto...selongkar dapur kak hana...cari makanan, nilah yg berkenan dek perut..

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih



Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.


3 comments:

  1. hani, k.mas dah buat soto ayam madura ni, memang sedapp sangat....terliur ni tengok soto hani,
    nak semangkuk....

    ReplyDelete
  2. soto memag feberet... tapi nak buat malas bebenor..haha..uikk sleongkar dapur tu dah kemas ke belum...uii...balik makan ubi jela..

    ReplyDelete
  3. kak mas ~ terpaksa la buat2 rajin ni...mak saya dtg..ekekkekee

    kak izah ~ saya selongkar baik2...tak sepah..tukar dgn ubi nak..??

    ReplyDelete