Saturday, April 16, 2011

Roti Inti Kelapa

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


mari mari mari mari...sapa mau loti..??? jangan malu duduk bersila baik2...jgn rebut2 kang sepah, korang sapu balik...ekekekkeee
mari layan loti panas, ekceli ada inti kaya juga tp tak sempat nak klik2 dah kena rembat...inti kaya peberet ayah dan anak...inti kelapa untuk si mak...ehmmm mcm2..inti kelapa balance buat inti tepung bungkus marin
basic doh dr kak noreen UK yg dah lama tak ke udara..


Bahan-bahan (14 biji):
380gm tepung roti
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
  • rehatkan doh selama 10-15 min
  • selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh
  • ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
  • kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • jika takut permukaan roti perang sangat bolehlah dibakar dahulu selama 15 min dan selepas itu ditutupkan permukaan loyang tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi selama 5-10 min lagi
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dihidangkan

note: texture roti nie memang lembut dan doh pulak memang cantik kentalnya




7 comments:

  1. A'salam Hani.. k.ct smlm pun ingat nak meroti gak. Balance intik keledek+kentang masih ada lagi. Tapi malas lak nak keluarkan BM tu. mintak jer seketui dua kat hani udah lah eh :D

    ReplyDelete
  2. sedapnya dik....gebus rotimu..akak pepagi dah mai sini nk buat muka tak malu ni nk tapau roti buat bf...haha malas tu nk buat sarapan mkn jer rajinnya..hehe

    ReplyDelete
  3. w'salam kak ct,
    kalau malas nak guna BM tu, meh sini saya tolong gunakan...ngeeee

    kak nieza,
    dapat 16 ketui...tinggal 5 ketui lagi nih...cepatt selagi stok masih ada...kui kui kui

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Bila le agaknya akak nak meroti mi. jeles betul

    ReplyDelete
  5. Hani,mintak roti 2 ketuii...sedap wat bekfes nih..akak suka inti kelapa camni...sesekali layan best gak..wpun plg suka inti kcg merah...hehehe

    ReplyDelete
  6. Aiseh..Bikin gue tak tahan la..
    nak buat je kurang rajin lately nih
    apa kata kalau hantaq mai sikit? :))

    ReplyDelete
  7. wow sedapnye....rajin erk..sy esok kot baru nak buat..itu pun kalau ade vitamin R

    ReplyDelete