salam jumaat everyone...aku dah rasa lonely arini ...........huwaaaaa kenapa la cepat sgt 2minggu tu berlalu..??? geng bantal bushuk aku dah offshore...tunggu lg 2minggu...bukan tak biasa kena tinggal, ye tak..??? ngade 2 lak kali ni...
Bahan-bahan :Lonely bekpes pg ni makan apam beras lagi laaa...dak kecek tu tak gemar apam ni walaupon aku dah buat warna warni..
akceli, aku pernah tayang apam ni...ce klik sini..setika kali nak bikin ini apam, dlm hati mesti kecut sebab takut sumpahan...ekekekee...tak nak gak die ketawa...sengeh kamben pon kira ok la...
300 g tepung beras
8 - 10 sudu besar gula pasir (hani guna 12 sudu)
1 sudu besar yis kering
280 - 300 ml air
3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian)
pewarna
Kaedah penyediaan :
1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati.
2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi).
3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.
4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih.
5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak.
6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.
yuhuuu.comel la warni warni apam itu... mana best yang letak nasi ngan yang ini ek? yg 12 sudu gula tu, membumbung ke atau rata hani?
ReplyDeleteyg letak nasi tu kalau saya buat jadi mendap...berat...huwaaaaaaaaaaaa...yg ni ok sikit..sikit je..ekekekeke
ReplyDelete12 sudu kecil manja2..kang cepat lak kojol kalau manis ...wakakkak
salam hani,
ReplyDeleterajin betul hani mengapam..
comei2 apam hani ni, warna warni lagi...nak 10 ketoi....
ReplyDelete