Thursday, July 14, 2011

Marble Cheese Brownies versi SEMEMEH




Tu lahh kalau dah berapa nak rajin, ape pon tak boleh...haishhhhh, semlam baru perasan cheese yg dah nak expired dlm esbok...terasa nak buat cheese brownies...semangat tahap dewa2 dah ni...sekali, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sememeh..!!! tapi, rasa maintainnn...seb baik...layan, kali ni punggah dr FP shimanunnnn jauh di UK...


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

8 comments:

  1. wow...menyelerakan ler tengok brownie tu...

    ReplyDelete
  2. hani, sememeh apanya akak tgk ok jer....ada lbh tak..bak skit nk rasa..hehe lama dh berpantang tak mkn cis brownise ni tapi kalau ada dpn mata belasah juga..hehe

    ReplyDelete
  3. wah ini bukan versi sememeh..ni versi spiderman hihih..janji sodap...yang penting handmade dr kite kekeke

    ReplyDelete
  4. tak kisah la sememeh ke, cun ke.. janji mabeles kan :)

    ReplyDelete
  5. As'salam nani

    dah cantik lah tu, sedap kan. mintak lah sepotong tu kak ct nak merasa gak ni...

    ReplyDelete
  6. janji sedapp hani..
    meh sepotong..he..he..

    ReplyDelete
  7. kak hani! rajinnya ukir2 jadi sarang labah2 tu...sememeh ape kebende nye tu...tengok cantik aje rupe kek tu

    ReplyDelete