Wednesday, April 20, 2011

Mexican Bun

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


dah rabu ??? what the pantas kan??? terserlah betul tuan tanah malas nak hapdet..tapi arini terpanggil nak tayang roti ..projek malam tadi buat bekpes pagi ni..wangi je time bakor..ehmmmmmmm..angkut dari k.lily my resipi..mekaseh kak..sedap...len kali nak bubuh lebih sikit emulco coffee..



Bahan-bahan
  • Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar
  • Topping -
  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega
Cara-cara
  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.




8 comments:

  1. uishhh.. baru jer minggu lepas verangan nak buat MB ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam hani,
    akak dulu pernah buat tapi terbuka inti rotinya itu yang terus masuk dalam papercup..hehe
    cantik roti hani ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Suka makan tapi malas nak buat. Macam mana erk?

    ReplyDelete
  4. kak nor
    saya pon dah lama verangan...semlm baru tertunai..nanti kak nor buat, anto bentong sikit eh

    ReplyDelete
  5. kak ayu
    bun saya pon ada juga yg intinye terkeluar...ekekekke tp yg tu kasi sorok..hahahhaha

    ReplyDelete
  6. kak sam
    makan dlm mimpi je la...hahhahaha

    ReplyDelete
  7. hani cantiknya MB ni BM akak lama duk tido tu heheheh tuannya pun M besar sgt

    ReplyDelete
  8. memang sedap mexican bun ni....akak suka lama dh tak buat ni...mood meroti belum mai lagi..hehe

    ReplyDelete