Wednesday, April 20, 2011

Kari Kepala Ikan Merah

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Seronok rasanye arini ada tetamu jauuuuuuuuuuhhh dtg umah pg ni...tapi tu cerita komdian...ni nak cakap pasal lunch...
lama rasanya tak layan kari..masa jenjalan kat pasar tadi, nampak kepala ikan merah...gaya segar, dan meraaaaaaaah je..
salin resipi kak hana..



Bahan-bahan
  • 2 keping kepala ikan besar - hani guna ikan merah
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk kemudian campurkan dgn kari jadikan pes
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 sk halba campur (biji sawi, halba, jintan)- hani tak letak
  • 1 inci halia - ketuk
  • 2 sudu makan kari ikan
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
  • Bendi@tomato - ikut suka
  • Santan pekat
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Air

Cara-cara
  • Basuh ikan dengan lemon. Cuci bersih dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis halba campur, rempah tumis, hirisan bawang besar, putih, halia ketuk dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
  • Kecilkan api. Masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga bawang merah tumbuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan air, air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Jika suka, masukkan sayur2an seperti bendi n etc.
  • Kecilkan api. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Biarkan masak mendidih.
  • Siap utk dihidang.

2 comments:

  1. jejalan cari makan ada lauk kari suke-suke..minta tambah nasi leh?

    ReplyDelete
  2. to issnita
    bole2...tinggal kuah je ni..ekekke

    ReplyDelete