Wednesday, April 13, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dah lunch belom????
kalau belom, ayuh le kita makan bersama2...kalau yg dah siap makan, jgn lupa cuci pinggan...huhuhuuuu...
import asam pedas CMG..
nak cepat ni, tataaaa...jap lagi sambung


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan parang segar - hani guna kembung je
10 batang bendi muda
1/3 cawan jus asam jawa
1 atau 3/4 cawan cili kisar
2 keping nipis hirisan lengkuas
1 keping nipis hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa
beberapa tangkai daun kesum
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
20 biji lada hitam
1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan parang dibersihkan, buang kotoran dibahagian perutnya, kalau ikan tu besar dan tebal, belah dua. Ketepikan. Bendi dicuci dan toskan tak payah kerat.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas serta halia dan terus menumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya.
  3. Bila mendidih, masukkan bendi dan jus asam jawa. Masak sekejap dan masukkan kepingan ikan parang tadi. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak.
  4. Cedok keluar kuah secukupnya dan isi dalam periuk kecil, didihkan perlahan dan masukkan telur ikan tadi. Kalau perlu tuang sedikit air. Masak dengan api kecil sehingga telur ikan mengeras (dalam 20+ minit macam tu). Boleh cedok telur ikan tadi dan letak dalam bekas bersama2 dengan asam pedas...Selamat mencuba..

5 comments:

  1. Bestnya Hani dapat hirup kuah asam pedas time-time panas macam ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya asam pedas...
    nak semangkuk..

    ReplyDelete
  3. chik mimi
    sedappp u...nak lagi cicah dgn lempeng..kelazz

    ReplyDelete
  4. kak mas,
    bole2...semangkuk 2

    ReplyDelete
  5. haaah asam pedas febret kak nur...bertambah nasi..nak2 kalau nasi masih tengah panas mau 3 pinggan makan tau....hehehe

    ReplyDelete