Thursday, January 6, 2011

Jemput Jemput Udang Geragau


salam khamis..

cuaca begini mmg mengundang kelaparan yg kerap...huhuhuuuu mcm jemput2 la muke aku ni kang...ekekeke...
resipi ni mcm menarik sebab aku tak pernah cuba guna nasi dlm bancuhan jemput jemput...mmg sedap rupanye..!!! terima kasih kak hana sebab berkongsi resipi yg ummmpphhh

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi + 1 cawan air - blend
  • segenggam setengah udang geragau - basuh dan toskan
  • setengah genggam ikan bilis (optional nak buh or tak sbb dah ada udang)
  • 1/2 biji bawang besar kuning - hiris
  • daun bawang@daun kucai - hana buh daun bawang
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil (optional)
  • cili merah - cincang
  • sedikit air lagi untuk bancuh
  • garam



Cara-cara
  • Blend nasi dan 1 cawan air... Masukkan ke dalam mangkuk dan campur bahan2 lain.
  • Masukkan lagi air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di jemput.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos atau sambal pilihan.




5 comments:

  1. Salam hani..

    sedap nih.. all time favourite..

    ReplyDelete
  2. aduhhh... sedapnye.. susah nak cr udang geragau fresh. mmg sdap wat jemput2 tp tak penah plak letak nasi.. nak cuba la nant ;)

    ReplyDelete
  3. Hani u still pretty lah, muka u tak akan mcm jemput2...hehehez ;)

    Mmg sedap jemput2 udang geragau ni, lama dah tak mkn. yummzz yummzz....

    ReplyDelete
  4. salam hani,
    jemput2 ni mesti sedap sebab ada kentang, ada nasi, ada udang geragau..cukup semua pastilah lembut.

    ReplyDelete
  5. cunggggg macam tuannyer! klu da abes g buatkan lagik! muekekekekekeke

    ReplyDelete