Thursday, December 16, 2010

Kuih Keria

petang ni HUJAN...ehmmmm sangat nyaman...dingin bangattt...mari2 makan kuih keria...
maaf la hasil tanah tinggi lagi...kena pantas menghabiskan sebelum rosak...!!. haipp haipp haipp jgn komplain..!! ekekekee..


sempena last kat kindy arini, aku buatkan la die kuih kesukaan die ni...pasni die cuti 2minggu...akan ke kindy yg sama next year...

Ramai gak yg berpuasa asyura arini...selamat berbuka pose...resipi ni aku tengok kat blog kak.An...die siap tunjuk cara sira menyira...hahhaaaa..

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-cara
  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.





No comments:

Post a Comment