puas dok posingkan roti...haishhh kira bole la eh
leleh tgk chocolate chips tu...nak??? amik arr
petang, aku layan roti la...demam meroti lom susut lg ni...dah makan 2 ketul, rasa kembang je dlm perut...hahahhaa padan muka aku...resipi ni aku tengok kat MYR...dlm umah kak hana jepung pon hander...kat sini pon ade...ramai dah yg mencuba..mmg terbaekk oooo
Bahan-bahan
>> ROTI<<
Cara-cara- 125ml air
- 30g telur
- 250g tepung roti
- 25g gula
- 12g susu tepung
- 4g garam
- 25g butter
- 4g dry yeast
- 150g tepung gandum
- 45g gula halus
- 4g baking powder
- 30g butter
- 50ml telur
- 20g chocolate chips
- Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
- Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
- Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
- Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
- Satu bahagian letaklah chocolate chips dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips.Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
- Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
- Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
- Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
- Canaikan cookie.Letakkan cookie ke atas roti. Celupkan bahagian cookie ke dalam gula.Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.(lihat my.resipi)
- Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
- Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C
No comments:
Post a Comment