Friday, May 7, 2010

Kek Lapis Prune Berempah


yea yea yea yea jap lg ayah balik...(ni anak aku yg ckp...hehehee mak die pong sonok gak)

sementara tunggu my sayang reach home, aku sempat gak la layan lapis melapis ni...sebab die dok ckp je nak kek lapis nak kek lapis....haaa kali ni mmg die kena mengadap kek aku ni...

sementara coklat sponge aku siap dibakar, korang layan la dulu kek lapis aku ni...jap lagi sponge kek aku siap sepenuhnya, aku bg korang tengok...anak aku ni mengidam nak kek icing...

resipi ni dr chef noraini (aku siap attend class ni punye la semangat..hehehe)

Bahan2 A

300g pure butter
140g gula custor
5 sudu makan condensed milk
1 tsp vanilla essence
14 biji kuning telur gred A

Bahan2 B

140 g gula custor
6 biji putih telur
1/4 tsp krim of tar tar

Bahan2 C (ayak)

180g tepung kek
1 1/2 tsp rempah campuran
1 tsp serbuk penaik

Bahan2 D

200g buah prune
untuk sapuan, 3tsp butter + 2 tsp condensed milk

cara2

1. Satukan bahan A kecuali kuning telur. pukul hingg kembang dan putih.
2. Masukkan kuning telur 1 per 1
3. Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul hingga kembang dan kental
4. Masukkan bahan C yg telah di ayak, kedalam adunan mentegail
5. Kemudian masukkan adunan putih telur dan gaul sebati
6. Ambil 1 cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar.
7. Bakar api atas bawah hingga perang (aku guna oven serawak, korang pepandai la adjust oven memasing)
8. Cucuk permukaan kek dgn garfu dan ratakan dgn sedikit bahan sapuan.
9. ratakan 1 cwn lagi dan taburkan prune yg telah di gunting kecil. Bakar dgn api atas sahaja.
10. ulang hingga habis.
11. setelah selesai, tutup dgn aluminium foil dan bakar api atas bawah selama 15 min.

selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment