Wednesday, May 12, 2010

Blueberry Cheese Tart






salam 1 m'sia...hahahhaa...meh kite layan blueberry cheese tart ni....dah lama tak mengetat sebab tu arini merajin kan diri selain dpt bw sikit sebagai buah tangan majlis baca yassin dan mesyuarat bulanan kat Permata Negara...selalu aku buat muffin tak pon apam...selalu eksiden gak dgn parents lain yg bw menu yg sama...hehehheee...awat tak habaq awai2...tapi kali ni kite test menu yg lain lak...mesti lagi banyak variety kat sekolah otomen tu nanti...ehh aku kena cepat ni, majlis tu kul 4ptg...

resipi yg telah di kopipes dr umah kak rinn chan (jgn mareee eh kak)
(die dah kembali...cayala kak...)



BLUEBERRY CHEESE TART


Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

jumpe lagi..selamat mencuba

No comments:

Post a Comment