Monday, March 28, 2011

Asam Laksa

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




sesuai ke lunch dgn asam laksa..?? kalau dah selera mengalahkan mak buyung..penduduk dlm umah ni tak laku dgn asam laksa kecuali tuan punye blog ni...ekekkekeee..walaupon aku sorang je yg makan kena la buat 1/2 adunan dr resipi kak azita ..



1 bungkus laksa - direbus -
1 kg ikan kembung atau ikan selayang - disiang dan dicuci bersih -
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar
5 biji cili padi - dikisar - ita tambah
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 keping asam gelugur
1 tangkai daun kesum
2 tangkai bunga kantan
2 kiub ikan bilis
garam secukup rasa



"DO IT YOURSELF"

Rebus ikan dan ambil isinyer sahaja. Isi ikan tadi dihancurkan kasar2 sahaja. (ita ambil tulang ikan tu bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus kemudian ita tapis ambil airnyer sahaja. Air tu ita gunakan untuk dikisar bersama dgn bahan2 kisar....)

Masukkan air rebusa ikan dan isi ikan kedalam periuk. Kemudian masukkan bahan2 yg dikisar, asam gelugur dan daun kesum. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah merenih dan boleh lah dihidangkan bersama bahan2 ulam- ulaman.

3 comments:

  1. wahhh sedapnya laksa ni akak suka...haha dh bawa mangkuk nk tapau dh ni..tukar ngan kek yer..hehe

    ReplyDelete
  2. bole2...saya teruja juga tgk kek derhaka akk tu...ekekeke

    ReplyDelete
  3. hani,lengkali panggil akak makan laksa nih... feveret akak asam laksa ni tp nk membuatnya agak bercinta bukan sikit...baaanyak :D

    ReplyDelete