Sunday, March 13, 2011

Apam Mekar II

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Source : Kakak Hana
Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum
  • 125g gula - hana kurangkan 100g jer
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk ovellete
  • 100ml susu segar
  • esen vanila
  • Pewarna - ikut suka
  • Paper cup secukupnyer


Cara-cara
  • Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  • Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  • Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  • Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  • Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  • Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!






1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Memang mekar. Kalau selit kat bunga tu mesti org tak perasan> heheheh

    ReplyDelete