Wednesday, February 23, 2011

Apam Labu


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apam Labu bersiaran di sini pula...kata penyakit berjangkit kan...hahahhaha..saya mmg suka jangkitan ini..sgt berbaloi..sgt sedap...mula nampak kat kakak izah, pastu kakak mas, kakak ummi, kakak hana, kakak yati...wahhhhhhhh dasyat kan penangan apam ni...kali ni, org Bentong lak tayang...ekekekke
Tapi apam ni ada yg pecah, ada yg malu2..walaupon dah bubuh dlm paper cup...sob sob sob...tapi tak pe, sodappp



Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam



Bahan B
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat


Bahan C: (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder



Cara-cara
  • Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  • Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  • Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  • Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  • Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.



12 comments:

  1. wahhh..org bentong nyer apam labu shanteeekkk...suke tengok..sedapkann kann

    ReplyDelete
  2. kakak izah,
    terima kasih kerana mengnyebarkan virus terbaik ni...kelazz!! sedapp ngattt

    ReplyDelete
  3. salam Hani, waaahh virus apam labu merebak dah ek..xpa la tak mekar sgt...sikit2 pun ok..maybe sebab guna acuan kertas, x guna acuan lobang2 ke..hehe..ah x kesah..janji leh makan kan..

    ReplyDelete
  4. laa yg dlm paper cup pulak dier tak nak merekah... ko kene senyum jerk kot masa buat tuh ni.. hihihi.... sedap kan kan... aku punyer tk abes siap frozen..besok aku kukus balik! kekekeke

    ReplyDelete
  5. hani.....cantiknya apam labu tu....
    geramm kak mas tengok....

    ReplyDelete
  6. kakak ummi,
    wsalam...ha ah kak, saya pon dah menjangkit apam labu ni...tak lena tido selagi tak buat...kekekekke

    ReplyDelete
  7. kakak hana,
    bukan setakat senyum, siap menari ni...punya ka suke nak makan apam...hahahhahaa

    ReplyDelete
  8. kakak mas,
    tak cantek mcm kakak2 yg lain buat...siap ketawa berdekah2 lagi....ehmmmmm

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    Nak tya sikit boleh. Napa apam ni tak warna hijau yerk? Hahaha jgn marah. Itu soalan daripada org jeles.

    ReplyDelete
  10. Salam Hani. Menggoda nya kuning... tak jangkit lagi ke Sarawak ni.... takda acuan lagi nak buat. Minta sebiji...

    ReplyDelete
  11. jangkitan penyakit yg positif mcm ni takper kan kan kan... hehe...

    ReplyDelete
  12. fobia nak mengapam sekejap aje kan hani..heheh..dugaan lagi kuat ..cantik apam hani ni..

    ReplyDelete