Thursday, January 13, 2011

Chocolate Bread Cake


arini aku dilanda sok sek sok sek...lepas bujang kenit aku baik, aku lak yg sambung...haishhh nsib badan...lg pon cuaca yg begini, demam batuk selsema mmg menjadi2...jaga kesihatan anak2 dan keluarga kite...ewah ewah dah mcm isteri PM lak bg ucapan...

aku buat Chocolate bread cake tuk minum petang...merangkap sarapan, kalau tak abis juga, aku carry forward minum ptg esok....letih wei makan 2 org...
dah lama aku mengidam nak buat tp dok tangguh je...kali ni seru dah mari...kat FP kak rinn ada, CMG ada, Kakak Hana ada...kali ni, aku pun haderrr...kalau nak tgk step by step, kak rinn ada show off how to...

aku tukar perisa roti tu jadi Pandan bread kak noreen UK...kek tu, aku copy resipi hana punye coklat eggless kek...hahahhaa...terpulang la pada uollss membuat pilihan...ekekekke


Pandan Sri Kaya Bun (hani buat 1/2 adunan aje)
Bahan-bahan:
250gm tepung roti
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar gula pasir
3/4 biji telur - lebihnya disimpan untuk disapukan pada permukaan doh
120ml susu segar
1 1/2 camt yis
2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna hijau
1 sudu teh pandan emulco

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker
  • selepas itu tekankan untuk setting doh dan tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • setelah siap keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian potongkan doh tadi kepada beberapa bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • bentukkan setiap satu doh tadi menjadi bulat yang kecil
  • kemudian rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas permukaaan tangan lakukan sehingga habis
  • susunkan doh2 tadi ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan menjarakkan satu ibu jari di antara doh
  • biarkan doh naik dua kali ganda
  • pada yang tinggal di negara empat musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan apitkan dengan dua cawan air panas dan tutupkan pintu oven (pastikan oven tidak di 'ON' kan)
  • setelah itu sapukan permukaan doh2 tadi dengan lebihan telur dan taburkan dengan sedikit kelapa kering
  • bakar pada suhu 180C selama 20-22 min atau sehingga masak dan keperangan

Eggless Chocolate Cake (1/2 adunan juga)
Bahan-bahan
  • 60ml air susu panas
  • 50g susu tepung
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 125g tepung gandum*
  • 80g serbuk koko*
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
Cara-cara
  • Campurkan susu suam, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180

3 comments:

  1. Waaah nampak menarik lah roti kek ni Hani. Akak feveret dgn perisa pandan....yum yum.

    Anyway, take care ok. Byk minum air dan rehat and jgn lupa mkn obat :)

    ReplyDelete
  2. mana gmbr bun sri kaya tu hani...menelek gak gmbr..nmpk kek yg sedaapp tu jer...ambik kek dulu la....
    hani...mkn ubat dan minum air masak byk2 tau...

    ReplyDelete
  3. kakak Anie,
    kite serupaaa....lalalaaa...sgt gemar dgn pandan..ekekkee...terima kasih atas advise mu itu kakak...

    kakak mas,
    tuuuu...yg ijo2..tu resipi kaya bun ler..tp tak letak kaya...ngeeee..
    saya sudah minum air ..tq

    ReplyDelete