layan muffin mmg best arini...dah lama rasanya tak buat..dengan berbekalkan stok pisang yg agak memberansangkan dlm dapur aku tu...kerja2 membuat muffin pon dilancarkan...ingat nak buat kek tp dok pikir bayak sangat...semangat sikit mkn muffin 2 3 kali ngap dah habis...kebetulan ada pula kawan mr hubby yg bertandang lagi la seronok..aku ada mangsa yg bole menghabiskan muffin aku nih...
Bahan-bahan ( 10biji)
1 1/2 cawan tepung gandum - ayak
1 tsp baking powder
1 tsp soda
secubit garam
3 biji pisang - lecek
3/4 cwn gula
1 biji telur - pukul sedikit
1/3 cawan mentega
Bahan -bahan crumble
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu serbuk kayu manis
1 sudu mentega
Cara-cara
1. satukan bahan yg telah diayak.
2. Satukan pisang, gula telur, dan mentega. kacau sekadar. Lumpy
3. Campurkan kedalam bahan yg telah di ayak. masukan dlm cup
Cara-cara crumble
1. Satukan semua bahan dan ramas berketul2 seperti serbuk roti
2. Taburkan di atas muffin
No comments:
Post a Comment