Wednesday, July 7, 2010

Kuih Seri Muka


selamat petang semua...sempena minum petang arini...kite layan seri muka....
sedappp kuih ni, tak manis sangat..rasa lemak2...memang sesuai tuk minum ptg ..pg...cayo la ckp den..heeee


Bahan -bahan Lapisan Bawah

500g beras pulut
400ml santan cair
1 camca teh garam
2 camca minyak masak

Bahan-bahan Lapisan Atas

120g tepung gandum
3 camca tepung jagung
140 g gula halus
3 biji telur Gred A
450ml santan
4 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

cara-cara

1. Panaskan kukusan. Toskan pulut dan masukan kedlm tin berukuran 9x9x3. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah, gaul dan ratakan pulut. Kukus 25-30 min. Keluarkan dr kukusan tekan dan padatkan.

2. Satukan semua bahan bahan lapisan atas, (aku blender semua sekali...) tapiskan adunan dan tuang perlahan lahan di atas pulut yg telah dimasak tadi.

Guna kan api sedarhana dan kukus selama 1 jam..tutup penutup kukusan agar air tidak menitik..sejuk dan sedi dihidangkan.








No comments:

Post a Comment