Tuesday, June 29, 2010

Coconut Butter Bun



dah lama tak update..rindu nak lap2....kite lap2 dgn bun la eh...
story nye bun ni angkut dr blog cik mat...nampak sedap banget sehh...apalagi den tak soba laee nak ngetest...bun ni bile dah jadi rase mcm bun kelapa daaaa..heehhee tp bg glamor sikit la name die..bg name omputeh...

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI KELAPA MENTEGA :- Putar mentega bersama gula hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla, terus memutar hingga kembang. Tambah kelapa dan gaul rata. Tuang dalam kauli dan masak guna api kecil sambil dikacau kerap sehingga inti kelapa mentega kering, sejukkan dan bagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2 kan dan simpan dalam peti sejuk sementara mengunggu doh roti siap.


UNTUK DOH ROTI :- Satukan instant yeast dengan air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu satukan tepung roti, susu tepung, bread improver, bread softerner, gula dan garam, gaul rata. Masukkan telur dan adun, tuang bancuhan ragi, gaul dan uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal (kurang lebih 20 minit diuli tanpa henti). Bulatkan doh, letak dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik dan perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Satukan semua bahan2 untuk doh dalam BreadMaker, pilih setting unutk "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.


UNTUK COCONUT BUTTER BUN

1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
2. Bahagikan doh tadi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu doh, leper2 kan dan letak 1 biji inti kelapa tadi, balut kemas2 dan leper kan.
3. Tabur sedikit tepung dan canai leper.
4. Kemudian lipat dua dan lipat lagi sekali. Potong 1/2 bahagian doh tadi dan terbalikkan secara berhati2.
5. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
6. Perap roti tadi selama 45 minit, sapu telur pada permukaan roti dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan roti atas jaringan atau boleh juga dimakan panas2...

No comments:

Post a Comment