chz cake dan apam yogurt ni sbg tanda menyambut tetamu la...di sebabkan die sampai pon dah petang, aku layan menu atas tu lepas dinner (makan kat luar)....pok pek pok pek tak sedar dah lewat mlm...kire gurl2 talks la ni..nasib baik die tak kawen lg...asben aku pon offshore, mmg sesuai bangat laaa...otomen kecek aku pon nampak njoy main dgn auntie melissa...
kalau korang pon mengidam nak rase chz cake ni sila kannnnnn...
Pandan Cheese Cake
Bahan bahan
200 ml susu segar
4 keping cheesedale
70g mentega
70 gula
70 tepung gandum (aku gune superfine)
4 biji telur
1 tsp pandan emulco
1 tsp vanilla essence
sedikit pewarna (optional)
Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
7. masukkan adunan kek di dalam acuan .bakar pada suhu 170C selama 20 minit dan turunkan suhu 140C selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
buat, jangan tak buat...
salam hani..uiii cantikya kek tu..mmg sedapkan.. pernah juga buat, rasa tak cukup seloyang. mana apam yogurt? teringin nak tengok
ReplyDeletehai izah...apam yougurt dlm gambo tu tp dek sebab kan file gamba tu besor...tak dpt full size pic...sowi eh..jap2 saya edit..
ReplyDelete