taraaaa....sebenar nye resipi asal dr kak rinn..saje buat dlm papercup a.k.a muffin..sebabnye senang nak makan, nampak cute, senaraikan la ape2 lg yg sesuai..janji sodapp...tak menyesal cube resipi ni..anak bujang saya menggeletar kalu nampak muffin...meleleh air liur...balik sekolah td, cepat2 amik sambil posing atas meja makan muffin...sudahnye bersepah meja akuuuu....
sekarang ni tengah berangan nak buat choco buns..tadi dah berjalan2 kat umah kak hanieliza..mcm wajib kena buat je choco buns tu..ehmmmmmm...mesti kena buat!!!!..tadi anak yg terliur tengok muffin, sekarang ni mak die lak yg mengidam nak choco buns...tungggguuuu choco buns will coming up later on...
ok, ini lah resipi Milky Marble Cake...
KEK MARBLE SUSU
Sumber : Rinn Chan
Bahan-bahan :
250gm butter, saya guna majerin
230gm gula caster, saya kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

amboi...maju jaya kau Hani, hari2 buat kek...akak copy paste resipi Hani ni yer...hehehe
ReplyDelete