Thursday, November 21, 2013

Fresh Cream Bun

Assalamuallaikum..

Alhamdullilah dah Khamis arini...cepat je kan??
arini nak kongsi roti...haih bukan mengeluh sebab cuti sekolah panjang tp keadaan nya mmg mcm tu...kalau cuti sekolah...mesti banyak masa kat dapur...ada je request nak itu ini...oh my anak..

ok, petang ni layan roti gebu..serious gebu...gebu sgt...hahahhaa...sebenanya semalam dah buat roti tp guna tepung kek...bole?? pastu sementara perap, bole plak keluar g potong rambut anak bujang...alahai...tp kejadian rupa paras mungkin tak cantik..tp tekstur 1st kelas...gebuuuu..dpt 12 ketul..mak ayah makan 1 ketul sorang anak bujang???? selesai die kerja kan...alhamdullilah tak membazir..



arini, buat roti coklat buh raisins...resepi Ros Jepun...ros juga ada share tips meroti..mekaseh ros

saya tambah water roux dlm resepi ni..tambah gebu..

Fresh Cream Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
110ml nama kurimu@fresh cream
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
180ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit coklat rice sebagai variasi pada nama kurimu pan.



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 3  bahagian, 2 bahagian biarkan plain dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, dan biarkan naik dua kali ganda,  satu lagi bahagina masukkan coklat rice, uli sebati kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.






ini lah rupa water roux saya..

25g tepung gandum
125ml air

* masak atas api perlahan dan kacau sehingga kelihatan seperti dlm gambar...sejukkan dan sedia digunakan



Wednesday, November 20, 2013

Mini Pavlova



Assalamuallaikum..

ehemm ehemm...rajin kan update blog..giteww
semalam buat mini pavlova ni bagi menjawab pertanyaan en somi... 'apa rasa pavlova tu eh? '...'sedap ke?'...
ok, semalam isteri solehah melancarkan serangan google resepi...klik SINI..

dah ramai yg buat pavlova ni kan?? rata-rata dah jual...just wonder the price quite mmmmm...mungkin sebab buah2an...ape pon, ia sedap tapi manis...sekali sekala boleh la bole laaa..



hani buat separuh dari resipi di bawah...

Bahan- bahan utk 10 org

4 biji putih telur A
1 cawan gula pasir/kastor
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan

Topping

1 cawan non dairy whipping cream
buah-buahan



Cara-cara

1. Pukul putih telur  berbuih dan masukkan gula..pukul menjadi soft peak/bertanduk
2. Masukkan tepung jagung yg telah di ayak
3. Pukul adunan sebati dan masukkan cuka makan
4. Panaskan oven 10min lebih awal 150 darjah
5. Pada dulang pembakar, lapik kan kertas yg telah di lukis bulatan/ guna kan acuan 9inci
6. Bakar selama 1jam 20 minit..selepas 30minit turunkan suhu kepada 130darjah
7. Sejuk kan...dan sedia di hias

Topping
1. Pukul whipping cream hingga kental
2. Hiaskan dgn buah2an mengikut citarasa

Tuesday, November 19, 2013

Kuih Ros

Assalamuallaikum

seram sejuk je blog mak ni...
tak tau apa la malas nak upload segala...
ok, arini ada baik sikit nak kongsi resepi...KUIH ROS a.k.a kuih goyang
di sebalik kuih ni ada cerita sikit...Jiran saya berbangsa India, depavali lepas die ada buat jamuan raya...kami juga turut diundang...wahhhh bau kari kambing die sampai rumah saya terbau2...opkos la bau seeeeedap..ok, pendekkan cerita saya bw 'handbag' 3 org tu...rzuan seperti biasa tak jamah apa pon..janggal kata nya makan makanan India...ok!!
mak die??? hahhahaa makan nasi + kari kambing + sayur ape ntah = pengsan sedap...aiyooo selera sungguh mak!! anak2 duduk makan meruku....bagus kan??

selesai makan, dduk2 sembang jap..kami pon balik...lalallalaaaa 
pas maghrib, jiran ni tapaukan kuih2 raya die...wahhh lumayan!! rzuan yg eksen tak nak makan apa2 mula makan kuih ros...semua!! habis...pastu die bw tapperware nak g mintak lagi...amboi2...manyak cantek...jadi mak kena la buat...

ok, igt mcm senang je kan??? jgn harap!!

mungkin utk manusia mcm saya, 1st attempt mmg ke laut...adunan tu berderai dlm minyak, adunan tak lekat pada acuan la...rupa yg ntah ape2...tension woooo..sib baik buat sikit, kalau tak, ai nanges kuat2...

ok, 2nd attempt, tanya jiran...die bg tips...baguskan jiran saya..??
Alhamdullilah, menjadi la juga...next time bole buat lagi lagi lagi dan lagi...

resepi saya guna dari blog hasue...jommm cuba




Bahan-bahan ( 3 balang sederhana )
  • 290gm tepung beras
  • 50 gm tepung gandum
  • 400ml santan
  • 170gm gula
  • 150ml air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. kacau sebati. tapis.
  2. panaskan minyak. letak acuan dalam minyak. bila dah panas, celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi.
  3. biar sebentar, baru alihkan acuan. goreng hingga masak.


Saturday, June 29, 2013

Classic Durian Cheese Cake




Bismillahirohmanirrahim..

Assalamuallaikumm

Wahh its been a looooooong time since i'd neglected my own blog..rindu la plak nak menceceh kat sini..dah 2tahun terbengkalai...jap!! nyapu-nyapu sikit habuk, mak ayah sawang...ngeeeee

ok..nak start dgn share Classic Durian Cheese Cake resipi...
Alhamdullilah lepas jerebu melanda hebat kat JB ni, Allah bg rahmat nikmat hujan 3 hari berterusan...time sejuk2 ni mcm tak bersalah je makan durian...hehehhehe...mmg dasar hantu durian kan kan kan...

mula-mula ingat nak buat chz tart durian...tp mcm tak berapa nak rajin buat crust...tak pe lenkali try test buat tart...hehhehee...saba2...pastu teringin nak eskrem durian plak...hadoooooiii kalau dah mmg kemarok doyan, gini la kan..pada yg 1 spesis dgn ai, mmg tau kekdahnye mmg begitu...

resepi saya amik kat blog CMG again...resepi yg simple dan opkos sedap..cuba la uolls...btw, mekaseh cik mat...moga resipi ini juga berguna pada bloggers lain..ameen

Classic Durian Cheese Cake
BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung


CARA MEMBUATNYA :
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...


 keratan rentas tu menggerutu sikit sebab isi durian yg sengaja tak leceh halus...mmmmm dap


tak kesah pagi petang siang malam...ok je makan cheese cake..ggrrrr lemak joget2...hehhehe


Speechless!!! betul2 sinfulness 


Sekian, saya akan menggalakan diri utk menghapdet serajin yg mungkin...yeayyy

Friday, November 25, 2011

Kek Durian

Assalamuallaikum,

Sejak selalu skodeng dapur Cik Mat..satu per satu resipi bw balik...hehehheh tp saya dah kemas balik tau..kali ni buat resipi Kek Durian dr MYR lak..kelmarin en somi ada beli durian, sedap sgt rasanya...harga??? ehmmm boleh tahan...nampak gaya kawasan bentong ni mcm musim..sebab nampak pokok2 durian kat tepi jalan tu berbuah...tengok pokok org je laaa..pokok sendiri ntah bila la dapat rasa hasilnye...insyallah 1 hari nanti..aminnn





berbalik cerita kek durian ni, teksturnye sgt moist..ala ala kek oren moist CMG...sepanjang aku merangkak buat kek, kalau kita guna method pukul telur berasingan, hasilnya mmg lembut dan moist gitu...hehhehee org lain dah tau lama..aku je yg tertinggal sikit ..wink wink...




KEK DURIAN
Resipi CMG myr


185g mentega
150g gula icing (hani guna 120g gula castor)
4 biji telur A - asingkan kuning dan putihnya
185g tepung naik sendiri-ayak
125g isi durian (hani guna 200g)
secubit cream of tar tar


cara-cara


1. Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu per satu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.


2. Masukkan tepung berselang seli dgn isi durian hingga habis. Gaul hingga rata


3. Dalam mangkuk lain,pukul telur bersama secubit cream of tar tar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dlm adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jgn terlebih gaul) hingga rata.


4. Tuang ke dlm loyang yg telah digris dgn mentega dan alasa dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan 175c selama 40-50min bergantung pd oven masing2.


5. Uji kek dgn cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba...!!



time bakar pon haruuuuuuuuumm je baunye...yummy



wajib repeat next time.. :D

Cucur Udang

Assalamuallaikum dan salam Jumaat everyone,


arini mcm biasa sejukkkkk dinginnn lapaaaaar...since, en somi dah request nk makan cucuq udang semangat la cik wife memasak...ewahhh
ekceli, nak buat sempoi je..pakai sudu terus masuk dlm koli...tp bila nampak CMG punya cucur udang...wahhh nak buat mcm gitu gak la..hehehhe adalah gaya seperti cucur kat kedai tp citarasa rumah...kelaz ko
tapi aku tak de la buat sos lada...kami makan dgn cili sos jew...kena cepat sebab rzuan sekolah arini...nak iron baju la, mandikan anak2 la..mcm2







BAHAN-BAHANYA :-


2 cwn tepung gandum
1/2 camca yis
1 3/4 cwn air
1 mangkuk hirisan halus kubis bulat (mangkuk sup kecil)
5 pokok daun kuchai, cuci kerat2
1 biji bwg besar, dihirs
1/3 camca serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang size sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dgn towel paper


BAHAN SOS LADA :-
6 biji cili merah
1/3 cwn gula pasir
1/4 cwn cuka
3 ulas bwg putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :-
1. Dalam satu bekas masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sikit sikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat (sukatan lebih kurang 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiiit). Masukkan hirisan kuchai, bawang, kubis gaul rata dan perap 30minit.


UNTUK SOS LADA :-
kisar cili dan bwang putih hingga halus, tuang dlm periuk. masukkan gula dan garam. Masak dgn api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada dlm keadaan kosistensi  sederhana pekat. Sejukkan.


UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM:-
Panaskan minyak utk goreng terendam. Panaskan senduk mangkuk bersize sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dgn seekor udang dan rendam dlm minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur tadi). Ulang proses tersebut hingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan.  Angkat cucur udang yg telah dimasak dan toskan atas towel paper. Boleh hidangkan dengan sos lada tadi..Selamat Mencuba...!



makan panas2 mmg yummy walaupon dgn sos cili Kimball je hihihii


biarkan seketika sos tu meresap..kembang...pastu santap...perghhhhh enakk sekalik


Thursday, November 24, 2011

Wafer Cone MUffin

Assalamuallaikum,

salam khamis semuaaaaa...sibuk kah? biasa la kan kalau dah cuti sekolah..hari ujan lak tu...mmg tak de activity lain..makan, tv, tido...pastu gado2..:p
ingat time kenet2 dulu time school holiday.. kalu mak abah xbw g jln2, bergadoh adik beradik mmg wajib setiap hari!! wajib ok! selagi tak dgr suara Jane(mak) menjerit selagi tu la tak berenti bcakaran...6 org dlm umah mmg dah cukup seperti 1 team bola, kalau tak de yg menangis, mmg tak sah...hahhaha seronok igt zaman tu..haishhh


Time tu mak mmg tak berenti buat keje...masak, potion lebih dr standard normal...ayam sekor sekali masak..kalau tgk size anak2 yg makan semua lidi2...ntah kemana makanan yg di baham...


Abah, akan pening kalau minta pandangan anak2 nak cari tempat bercuti...end up, ank2 akan mengamuk supaya cadangan die diterima...hehhehee...mana pun tempat yg menjadi pilihan mesti ada swimming pool...WAJIB...tak dpt g jalan jauh2, jln dekat2 pon bole..janji g jalan, ada swimming pool...hehhee mcm2 perangai..mekaseh mak abah sebab sabar..:p







terlalu pantas suasana tu berlalu, 6org tu dah besar...rumah yg dulu riuh rendah, sekarang dah sunyi seakan tak ada anak2...rasa ank sikit 'kata mak'...suasana riuh tu dpt mak abah rasa bila Public Holiday..bila anak menatu, cucu berkumpul...tp these time tak de la jerit pekik Janu kedengaran..hehhee


sekarang, baru aku rasa mcm mana penat kalau anak cuti sekolah...walaupon Rzuan sekolah during school holiday :D...next year, nasib badan aku lak..







Wafer Cone Muffin
Resipi asal CMG


85g mentega 
80g gula (hani guna 60g)
2 biji telur A
175g tepung gandum*
10g baking powder* (*ayak)
100ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 g hazelnut kisar halus (optional)


bahan2 lain


12 biji "ice cream wafer cone" jenis pendek
Whipping Cream
Chocolate rise
Sedikit strawberry, didadu kecil


Cara membuatnya:-


1. Panaskan oven pada suhu 175c (bergantung pada oven masing2). Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hinggakembang.


2. Gaul rata tepung tadi bersama kacang hazel. Perlahankan speed,masukkan tepung tadi berselang seli dgn susu hingga habis, gaul rata.


3. Sudukan lebih kurang 2 camca besar ke dalam wafer cone. Buat hingga siap. Bakar 20-25min. Keluarkan dari oven biarkan betul2 sejuk.


4. Paipkan whipping cream atas muffin tadi dan hias dengan potongan strawberry dan taburkan sedikit chocolate rice.
Cara menghias terpulang la kepada kreativity masing2...Selamat mencuba!!!




sapa nak, sila amik sorang 1...jangan berebut ok...dressing gi buat sendirik...ngeeee



selera time hujan2 ni mmg super duper bigger...hahahha..asyik berulang je ke dapor...:D






Wednesday, November 23, 2011

Kuih Rengas/ Kuih Kacang Hijau

assalamuallaikum..


Indah kan pg ni?? jap lg mesti ujan...yeayyy kita makan lagi..:D
arini bekpes seawal 6.30pg...wahhh sgt gelojoh nak makan kuih rengas...hehehhee..tak de la, sebenarnye mlm semlm tak makan apa, tu yg perut meronta2 di isi seawal pg...


masa g rombongan PERMATA ke pusat sains, dlm bus ada dibekalkan kuih ni..rasa sedap sgt..selalu nampak org jual pg2..tp tak teringin pon nak beli tp kali ni mcm memanggil2 nak buat...puas sikit makan..bole bedal lebih dr 5 ketul...hehhehe


resipi asal Kak Hanieliza...ai cnp je le..hikkk











Sunday, November 20, 2011

Banana Moist Cake

assalamuallaikum,
dah wiken semulaaa...yeayy!! school holiday pon dah start ek...meriah la rumah2 kite, makin bertambah aktvt si ibu... :D

nak share kek ptg semalam, ekceli nak update tak sempat sebab MIL dah smpai...sib baik sempat klik klik gambo kek...kalau tak, begitu jugaaaa...heheheeee

disebabkan MIL dtg dah petang saji kan sekali kek ni sebagai jamuan minum ptg kami sambil layan bola semalam...Tahniah Malaysia Team yg mara ke Final...(pasal ayat aku pg ni mcm berhemah sgt...?) Kek pisang mmg menjadi all time fav my FIL..kena dgn teh O kurang manis..mmg sesuai sggggggt

Resipi ni aku CNP kat sini...ekceli, aku mmg suke drop by blog die ni sebab gambo die mmg da BOOM... 



Ingredients
1 1/2 cups bananas, mashed, ripe
2 teaspoons lemon juice
3 cups flour
1 1/2 teaspoons baking soda
1/4 teaspoon salt
3/4 cup butter, softened
2 1/8 cups sugar
3 large eggs
2 teaspoons vanilla
1 1/2 cups buttermilk
Frosting
1/2 cup butter, softened
1 (8 ounce) package cream cheese, softened
1 teaspoon vanilla
3 1/2 cups confectioners’ sugar




Directions
1. Preheat oven to 275°. Grease and flour a 9 x 13 pan.
2. In a small bowl, mix mashed banana with the lemon juice; set aside.
3. In a medium bowl, mix flour, baking soda and salt; set aside.
4. In a large bowl, cream 3/4 cup butter and 2 1/8 cups sugar until light and fluffy. Beat in eggs, one at a time, then stir in 2 tsp vanilla.
5.Beat in the flour mixture alternately with the buttermilk. Stir in banana mixture.
6. Pour batter into prepared pan and bake in preheated oven for one hour or until toothpick inserted in center comes out clean.
7. Remove from oven and place directly into the freezer for 45 minutes. This will make the cake very moist.
8. For the frosting, cream the butter and cream cheese until smooth. Beat in 1 teaspoon vanilla.
Add icing sugar and beat on low speed until combined, then on high speed until frosting is smooth.
9. Spread on cooled cake