Showing posts with label roti / pastry. Show all posts
Showing posts with label roti / pastry. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Tuna Puff

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


tertunai sudah hajat nak makan tuna puff...al maklum la nak kua ke bandar semata2 beli mcm tak berbaloi lak...nak lagi tak nampak kedai melayu yg menjual...sian betul la..
angkut resipi kat SINI, kat SINI juga
mcm tak de mood nak mengarang arini ...erkkkk bukan ari2 ke aku mmg malas mengarang???



Bahan Inti Tuna:
  • 1 tin tuna, tos dan hancurkan
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 biji bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar mentega
  • Secubit gula

Bahan Lain:
  • 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
  • Kuning telur, disapu
  • Sedikit lada hitam, tumbuk halus
  • Sos pilihan (optional)


Cara-cara
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart"....

Monday, May 23, 2011

Roti Kentang lagi

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

rasa dah lama tak meroti...loti ni mmg memenuhi idaman sebab lebut dan gebu je...kan kan kan??? rata2 bloggers dah buat roti superb ni...pernah juga buat sebelum ni SINI dan kat SINI..kali ni, amik dr umah CMG..kalau tak abis ptg, malam ni...kite sambung bekpes esok...hahahhahaa..mekaseh CMG,

gebussss...cicah nescafe panas...perghhhhhh
gigil rasanye nak BM...tapi tak pe la...pakai mixer selagi boleh...ekekkeke *ayat sedapkan hati*

Bahan Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang..

Thursday, December 16, 2010

Roti Kismis Gebus

loti loti loti...mali mali ..sapa mau loti....hehehhehee....aku dah siap selesaikan seketul itupon kongsi dgn otomen..alhamdullilah dah kenyang...siap celup2 dgn teh o..perghhhhhh mari oooooo

fakta pasal water roux mmg tak leh nak disangkal...ternyata mmg roti menggebuuu...tak leh nak ckp mcm mana dah..pasni dah xde makna nak guna bread improver..kuang kuang kuang

di sebabkan aku guna kismis comel2...tenggelam habis, puas korek jumpe le 1 2 biji...hehhehheee sian dak kecek tu...lain kali kena guna kismis besor sikit...

ni resipi cik mat...cuma aku tak guna bread improver....layannnnnzzz


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...


Tuesday, December 14, 2010

Roti Ubi Keledek

huwaaaa huwaaaa....aku sukeeee....pertama kali aku berani derhaka pada resipi...sebelum ni aku follow sebiji2 resipi...tak pernah derhaka ko...tp kali ni saja nak cube..tak sangka i berjaya u...ahakss


demam bahan dari tanah tinggi tak reda lagi...penat la korang tengok tayangan berderet ari ni....(rajin wehhh)...resipi asal aku tgk kat umah kak hana cuma aku tambah ubi keledek je...terbukti sangat gebussss...selalu nye aku buat roti pakai bread improver tapi kali ni aku kan rajin buat water roux..wahhh bagus kan kan kan kan...???


Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 60g ubi keledek - kukus dan lecek
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml
  • 40 g mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, ubi keledek gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk"Doh" dan tekan"ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.

Monday, May 17, 2010

Fruit Tartlet



sempena hari guru inilah hasilnye...selain aku terima ordering tuk blueberry chz tart...fruit tartlet aku ni gak ade permintaan...selain memenuhi ordering...fruit tartlet ni gak aku anta kat Permata Negara (kindi otomen kecek aku tu)...

ari ni baru rasa selesa selepas seharian menyiapkan segala "hutang" utk hari guru...fuhhhh ponek gak badan den hah...tapi alhamdulillah segalanya selesai dgn baik....

layannnn resipi sempoi ni...utk sweet pastry korang follow n3 blueberry chz tart la ea...tukar filling je


bahan2 filling

100 g instant custartd
200g air sejuk
100g non dairy whipping cream
buah buahan campuran secukupnya (toskan airnye)

cara:

1. Pukul semua bahan dlm mixer..sebati
2. Paipkan bahan yg telah dipukul ke dlm tart shell
3. Susun la buah buahan campuran

Tips :
** jika ingin kan shell tart lambat lemau disebabkan air buah2an yg keluar, sapukan nipis cooking chocolate dlm shell tart sebelum kerja memaip di lakukan.

** Guna piping jelly atau apricot glaze utk mengilatkan buah

SELAMAT MENCUBA....







Wednesday, May 12, 2010

Blueberry Cheese Tart






salam 1 m'sia...hahahhaa...meh kite layan blueberry cheese tart ni....dah lama tak mengetat sebab tu arini merajin kan diri selain dpt bw sikit sebagai buah tangan majlis baca yassin dan mesyuarat bulanan kat Permata Negara...selalu aku buat muffin tak pon apam...selalu eksiden gak dgn parents lain yg bw menu yg sama...hehehheee...awat tak habaq awai2...tapi kali ni kite test menu yg lain lak...mesti lagi banyak variety kat sekolah otomen tu nanti...ehh aku kena cepat ni, majlis tu kul 4ptg...

resipi yg telah di kopipes dr umah kak rinn chan (jgn mareee eh kak)
(die dah kembali...cayala kak...)



BLUEBERRY CHEESE TART


Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

jumpe lagi..selamat mencuba

Tuesday, April 20, 2010

Pandan Kaya Bun








salammmzz...dah lama tak mem'blog'...asyik bjalan kat blog org je...mencari ilham dan idea..
akhirnya..setelah puas berjln...dan inilaa hasil nye..

semalam marathon wat roti dan apam...hehehhee dlm umah ni ade 3 org je...tapi buat bebagai mcm nak hidang 10 org..tak pe la, yg pasti jiran mesti suke tgk apam merekah dgn roti pandan gemok ni..resipi ni ceduk kt blog kak rinn yg dah lama sunyi...ehmmm ke mana la agak nye kak rinn tu pergi...tak tinggal kan jejak pon...papepon kak rinn, saya kopipes je eh resipi akak ni...yg pasti saya follow resipi ni 1 per 1...sangat puas hati tengok dan rasanye...cedappppp banget sih

ape lagi layan la ekkkk...


PANDAN KAYA BUN
Sumber : RINN CHAN

Bahan A :
50gm castor sugar
1/2 tsp fine salt
1 small egg
200gm cold water
3 tsp yis segera
Beberapa titik pandan paste
20gm santan powder

Bahan B :
350gm tepung protein tinggi
1 tbs susu tepung
1 tsp bread improver

30gm butter
Pandan Kaya secukupnya
Kelapa kering secukupnya

Cara-cara:
1. Satukan bahan A. Tuang sedikit demi sedikit ke bahan B yang telah di ayak bersama.
2. Uli gunakan mixer atau gunakan tangan sehingga membentuk doh. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yang lembut, rata, licin dan elastik.
3. Tutup doh di dalam bekas sehingga naik dua kali ganda, selama 1 jam.
4. Tumbuk2 doh utk mengeluarkan udara. Bahagikan doh kepada 12 bhg dan uli memanjang setiap satunya seperti roti "hotdog". Susun dalam loyang seperti dalam gambar.
5. Biar doh kembang semula. Spray air, paipkan pandan kaya dan taburkan kelapa kering.
6. Bakar pada 180 darj cel selama 20min ke 25min. Sapukan dengan butter sebaik keluar dari oven.

Friday, April 2, 2010

Potato Bread



sebenarnye ni potato bread 2nd editon..1st trip memang tak sempat nak record dat moment...dah selesai..tak bole jadi kena repeat balik roti ni..punye lah syiokk...tambah lak sedap di cicah dgn nescafe panas...dah tak peduli la org keliling...memang tak rugi cube resipi ni...resipi dr rumah kak rinn chan (rinn chan lagi)...hehehehe..

resipi seperti yg di senaraikan...cube jgn tak cube...kompem cun..salam

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
resipi by rinn chan

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais * hani guna 6 ketul iced cube
30gm mentega
1 tsp bread improver *optional


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.