Saturday, June 29, 2013

Classic Durian Cheese Cake




Bismillahirohmanirrahim..

Assalamuallaikumm

Wahh its been a looooooong time since i'd neglected my own blog..rindu la plak nak menceceh kat sini..dah 2tahun terbengkalai...jap!! nyapu-nyapu sikit habuk, mak ayah sawang...ngeeeee

ok..nak start dgn share Classic Durian Cheese Cake resipi...
Alhamdullilah lepas jerebu melanda hebat kat JB ni, Allah bg rahmat nikmat hujan 3 hari berterusan...time sejuk2 ni mcm tak bersalah je makan durian...hehehhehe...mmg dasar hantu durian kan kan kan...

mula-mula ingat nak buat chz tart durian...tp mcm tak berapa nak rajin buat crust...tak pe lenkali try test buat tart...hehhehee...saba2...pastu teringin nak eskrem durian plak...hadoooooiii kalau dah mmg kemarok doyan, gini la kan..pada yg 1 spesis dgn ai, mmg tau kekdahnye mmg begitu...

resepi saya amik kat blog CMG again...resepi yg simple dan opkos sedap..cuba la uolls...btw, mekaseh cik mat...moga resipi ini juga berguna pada bloggers lain..ameen

Classic Durian Cheese Cake
BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung


CARA MEMBUATNYA :
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...


 keratan rentas tu menggerutu sikit sebab isi durian yg sengaja tak leceh halus...mmmmm dap


tak kesah pagi petang siang malam...ok je makan cheese cake..ggrrrr lemak joget2...hehhehe


Speechless!!! betul2 sinfulness 


Sekian, saya akan menggalakan diri utk menghapdet serajin yg mungkin...yeayyy

1 comment: