Friday, November 25, 2011

Cucur Udang

Assalamuallaikum dan salam Jumaat everyone,


arini mcm biasa sejukkkkk dinginnn lapaaaaar...since, en somi dah request nk makan cucuq udang semangat la cik wife memasak...ewahhh
ekceli, nak buat sempoi je..pakai sudu terus masuk dlm koli...tp bila nampak CMG punya cucur udang...wahhh nak buat mcm gitu gak la..hehehhe adalah gaya seperti cucur kat kedai tp citarasa rumah...kelaz ko
tapi aku tak de la buat sos lada...kami makan dgn cili sos jew...kena cepat sebab rzuan sekolah arini...nak iron baju la, mandikan anak2 la..mcm2







BAHAN-BAHANYA :-


2 cwn tepung gandum
1/2 camca yis
1 3/4 cwn air
1 mangkuk hirisan halus kubis bulat (mangkuk sup kecil)
5 pokok daun kuchai, cuci kerat2
1 biji bwg besar, dihirs
1/3 camca serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang size sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dgn towel paper


BAHAN SOS LADA :-
6 biji cili merah
1/3 cwn gula pasir
1/4 cwn cuka
3 ulas bwg putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :-
1. Dalam satu bekas masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sikit sikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat (sukatan lebih kurang 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiiit). Masukkan hirisan kuchai, bawang, kubis gaul rata dan perap 30minit.


UNTUK SOS LADA :-
kisar cili dan bwang putih hingga halus, tuang dlm periuk. masukkan gula dan garam. Masak dgn api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada dlm keadaan kosistensi  sederhana pekat. Sejukkan.


UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM:-
Panaskan minyak utk goreng terendam. Panaskan senduk mangkuk bersize sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dgn seekor udang dan rendam dlm minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur tadi). Ulang proses tersebut hingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan.  Angkat cucur udang yg telah dimasak dan toskan atas towel paper. Boleh hidangkan dengan sos lada tadi..Selamat Mencuba...!



makan panas2 mmg yummy walaupon dgn sos cili Kimball je hihihii


biarkan seketika sos tu meresap..kembang...pastu santap...perghhhhh enakk sekalik


5 comments: