Friday, November 12, 2010

Daging Kicap


Salam Jumaat everyoneeee....weekend its waiting for us...ewahh speaking london jah..hahhaa mood baik mcm ni la kan...

by the way, arini aku layan daging kicap tuk lunch...ehmmm makan sorang, selalunye masak cincang je tp arini disebabkan mood baik dgn cuaca yg terang2 mendung ni sambil menguli2 tepung nak buat Potato Bread...alhamdullilah, kenyang buat setakat ni..jap2 lg tak tau lak apa yg dibaham...hasihhh perot perot...ayuh la kita tinjau2 resipi kot2 ada yg nak mencuba...

aku buat tak sampai 1/2 resipi pon...*kang tak habis, sapa nak jawab jah ooii*

Bahan-bahan
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • air secukupnya
  • 1 biji kentang - potong 4
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. sos Blackpepper
  • 1 st. gula (optional) - x ltk
  • 1 st. sos tiram
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk:-
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 5 tangkai cili api
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan air secukupnya. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan ubi kentang, serbuk ketumbar. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos tiram, sos blackpepper dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga kentang empuk dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment