Friday, February 11, 2011

Pandan Custard Kek


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Adakah anda rasa mual dgn N3 saya yg terkena demam memandan..??? kalau pening tgk warna die, sila la pakai
sunglasses...ekekekkee..
tula kan kalau dan naik sheikh dgn pandan...tuan badan pon tak tau la apa nak jadi nih...hari2 tayang pandan...sabo sabo sabo...
tergoda tgk kek ni kat blog kak yati...menarik je..warna ijo die mmg kelazzz... layan



Kek Span Pandan
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 5 biji telur gred A
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 150 gm tepung super fine/ tpng kek*(* di ayak..)
  • sedikit pewarna hijau
Cara-Cara
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. * Saya pkl telur bersama gula hingga kembang, pastu masukkan ovalette dan pkl kembang lagi. Pastu barulah masukan tpng dan susu serta minyak secara berselang seli.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  4. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8incii, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...
  7. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas




Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan
  • 1 biji kek span pandan
Bahan (A)
  • 180 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering-saya guna coklat rice...ikut selera masing2lah ya..

Cara-cara
  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.






8 comments:

  1. ku lihat ijauuuuuuuuuuuuuuuu :)

    ReplyDelete
  2. amboii...cepatnya hani buat...
    nmpak sangat sedapp la...
    nak 3 potong hani..wat minum petang..

    ReplyDelete
  3. Hani....

    Cfm mmg demam memandan...baru smalam buat kek pandan. Tapi apa2 yg pandan akak mmg feveret....I like :D

    ReplyDelete
  4. Hani! akak nk sepotong ehh tak cukup 2 potong la sebab kek fav akak ni...haha suka colour hijau sejuk mata memandang..hehe

    ReplyDelete
  5. hani..

    serius nampak best.. ni spesis hak yng dok ada kat bakeri tu ekk? yang salut dengan breadcromb ke hapa tu?

    ReplyDelete
  6. wah! ijau.... suka3... akak mmg suka pandan.. kalau bakar mesti harum satu umah...

    ReplyDelete