traffic makanan akan bermula...en somi dah balik, kesibukan akan bermula la gamaknye..sebelum ni dah 2 minggu aku bersenang lenang...hehhehehee....tak risau sangat nak ke dapur, ala kadar je kalau dah tinggal b2 dgn otomen kecek tu...lunch ni aku masak asam pedas ala mak mertua aku...ni kira peberet anak2 die la...pekat, pedas dan menyengat....fuuhhh
Bahan
2 ekor Ikan kembung - dikerat 2
*3 biji bwg merah
*2 ulas bwg putih
*1 inci kunyit hidup
*1 inci halia
*10 tangkai cili kering
10 tangkai kacang bendi
bahan perasa
minyak menumis secukupnya
cara2
1. Blend bahan yg bertanda (*)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg siap di blend. Masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ikan, biarkan seketika..masukkan bahan perasa dan asam jawa
4. masukkan kacang bendi dan dibiarkan hingga mendidih
5. tutup api dan sedia di hidang
No comments:
Post a Comment