Wednesday, August 4, 2010

Strawberry Cheese Cake

menggemokkan ke...??? ehmmm aku dah tak peduli itu semua janji sedap..hehhehee
pada ibu2 bapak2...sila rapat2...ini baek punya cheese cake...
selepas dilanda tahap kemalasan yg melampau ari ni..sebagai bonus kpd en somi yg sangat rajin membantu melakukan kerja2 umah hidangan di atas aku sajikan...terima kasih somii...
Al-kisahnya aku ke Cameron Highlands bersama kawan2..(all guls) strawberry ni adalah hasil yg telah dipetik dr kebun 2 yg ada disana...setelah di agih2 kan kepada jiran inilah hasilnya...layankan aje resipi ni...dr umah kak hana jepun..ampun ye kak...


Bahan A
180g biskut marie
90g butter (melted)

Bahan B
200ml whipping cream
250g Cream cheese Philidelphia
140g gula custor
1 tsp jus lemon

Bahan C
15g gelatin halal (halagel)
100ml air panas
Bahan D
Slices strawberry-potong jagan besar sgt nanti mendap

Topping
150ml strawberry jam
1 tsp tepung jagung


Cara-cara
1. Hancurkan biskut hingga jadi serbuk.Sediakan spring form 8'
2. Cairkan butter. Tuang ke dlm biskut tadi dan kacau rata. tekan di dlm loyang tadi. Masukkan kedlm fridge 30min agar ia keras.
3. Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan
4. Pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan kacau sebati.
5. Kemudian tuang adunan ini ke dlm whipping cream tadi dan kacau sebati menggunakan whisker.
6. Keluarkan biskut tadi. Tuangkan 1/3 dr adunan tadi kedlm loyang. Ratakan dan taburkan strawbery yg di potong tadi. Ulang dan habiskan. Simpan didlm fridge lebih kurang 2-3jam.
7. Topping - Campurkan strawbery dgn tepung jagung masak di atas api perlahan. Tutup api selepas mendidih. Sejukan
8. Tuang topping ke atas kek dan hiaskan. simpan semula. Hidangkan apabila cukup keras.
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment