Tuesday, March 30, 2010
Apam Ice Cream Soda
berjaya juga menghasilkan apam soda dgn berpandukan resipi dari daput kak CT..
mekaseh kak, sudi kongsi resipi akak..(origin resipi kak rinn lagi daaaa)
bila buat sendiri, rasa puas banget..!! saya kongsikan hasil dgn jiran tetangga..tak sangka dieorg pon suke..
siap dtg umah nak repeat buat sesama sebagai juadah minum petang...
jom kite layannnnnnnn
APAM ICE-CREAM KUKUS
(origin recipi RinnChan)
Bahan-bahan
Bahan A:
250gm gula kastor ( Boleh dikurangkan sedikit utk kurangkan manis)
1 sudu besar ovallet
3 biji telur
Bahan B:
300gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
Bahan C:
200ml air ice-cream soda
Pewarna
Cara-cara:
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pekat. (5 minit dengan mixer hi-speed)
2. Ayak Bahan B ke dalam adunan telur tadi dan kaup-balikkan sehingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan air ice-cream soda dan kacau sebati.
4. Ambil sebahagian adunan dan warnakan
5. Sudukan adunan asal ke dalam papercup
6. Kukus selama 10min - 15min. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
Labels:
kuih muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ari tu Kak Liza cuba buat baulu mekar, resipi dia hampir2 mcm ni gak except tak der ice-cream soda, naik dia cantik, siap kembang mekar lagi, tp bila dah sejuk, mcm batatlah pulak...
ReplyDelete